Saturday, April 20, 2013

Fabrik + Felt Bookmark


Hai senaaaaahhhh..... dalam duk beremo-emo tuh sempat lagi nih akak melor siapkan 6 keping bookmark buatan tangan. Bukan salah kire ye senah memang akak melor buat 6 keping tapi yang lagi 1 keping tu dah hai-hai bye-bye. Tak sempat nak posing-posing  buat kenangan. Takpe la senah ye, takder rezeki dia nak terpampang dalam blog glamo akak nih ahakssss..... perasan tak ingat 

Akak melor ni kan senah sukaaaa sangat membeli. Pantang nampak akak rembat bawak balik. Mana koleksi kain la. barang buat kraf la, kain orang hantar jahit la. Bilik jahit akak tu dah nampak macam stor. Itu time beli. Dah beli lain pulak cite dia senah wehhhhhhh ..... awak sayang pulak nak gunaaaaa. Udahnyer makin menimbun barang dalam ruang kerja akak melor itu. 

So keputusan di ambil, akak melor kena guna barang-barang tu semua. Cipta sesuatu yang menarik supaya tak membazir, tak rugi dan tak dosa. Maka terhasil la bookmark dalam gambar kat atas tu ya senaaaahhh....   

Kali nih kan senah, akak melor gunakan kain felt untuk bahagian belakang. Depan tu akak melor guna kain cotton bunga. Koleksi kesayangan akak melor tuuuuuu. "good quality cotton" ya senah. Tak dapat dah nak cari lagi kat kedai corak tu tau. Akak tempek kan sekali grosgrain ribbon serta koleksi button akak melor. Lepas tu kan senah, akak melor jahit dengan penuh kasih sayang. Cuma terlupa nak sulam sikit kat belakang bookmark tu. Alaaaaa sulam jenama kite la senah wehhhhh... hihihiihi.

Selain jual ready made , akak melor pun terima jugak tempahan tau senah. Kalau order banyak rege dia pun berubah la. Tapi kena ikut terma dan syarat yang telah ditetapkan ya senah. Akak melor dah pun atur dalam kedai tu. Kalau ada yang berkenan, 'don't shy-shy, don't shame-shame' email @ sms akak ya. Nak lebih info senah klik sini ya. Bye

No comments: