Monday, April 22, 2013

Family's Day Out

Semalam ai go out with my familiiiii. Bukan senang u ai nak keluar lengkap 1 familiiiii.  Biasanyer ai keluar hanya dengan anak-anak je. Tuan pengarah tu emmmmm...... always bizi...bizi...biziii.... kerja dia. Kalau ajak keluar, dah tahu dah jawapan dia . "ai'm bizi" tak pun "ai have meeting today " ahakss... akak spiking lundon again. Sori for my broken ingelis. Bukan setakat broken je senah, dah masuk kategori hancur berkecai dah huhuhuhuuh........

Keluar tu dengan niat nak ronda sambil bawak anak-anak jejalan dan mencari selai 2 baju untuk 3 orang askar akak melor tu. Anak dah bertambah besar senah ooiii.... pakaian yang ade tu semua dah senteng, dah kecik. Lebih-lebih lagi untuk si dara. Sebab dia anak yang sulong jadi takde la pakaian untuk di perturunkan. Gitu juga dengan di hero. Sebab dia anak jantan nan sorang takde juga pakaian lama nak di perturunkan untuk dia. Kecuali makcik google. "aku kaya, aku kaya" banyak la pakaian si dara boleh di perturunkan untuk dia. Setakat nak buat basahan kat rumah dah tak perlu beli lagi.

Rembat sana rembat sini, terbarai jugak la poket tuan pengarah kih...kih...kih.... Ala ala balas dendam nih senah wehhhh.... Habis sesi merembat, wajib pulak sebelum balik tu kena penuhkan perut. Agar balik rumah nanti akak tak yah masak malas la tu

Kami singgah makan kat kenny rogers roasters. Ikut hati nak makan yang namanyer "jonny" tu lupa lah pula nama penuh dia tapi kenangkan anak2 ikut tekak anak je laaaaa. Akak melor nih perut melayu senaaaaah....  gi le mana pun makan la apa pun tetap nak nasik. Orang makan ala orang putih akak tetap cari menu yang ada nasik awak tau senah kih...kih....kih....nampak sangat kampungan kan. Takpe akak tak kisah, akak tak malu pun kalau orang kata akak ni orang kampung huuhuhuhhu.... Well u no mi kaaaaaan senaaaahhhhh....

Mesti senah tanya napa takde gambar. Sebenarnyer akak bawak camera tapi bateri habis lupa cas  huwaaaaa..... takde la gambar nak tunjuk senah betapa kami gembira hari itu. Akak melor guna kamera tpon, entah apa yang merasuk tpon akak tu. Akak tak dapat nak transfer gambar ke komputer  awak yang tak pandai salahkan kamera lak.. Jadi n3 hari nih takde gambar ye senah. Senah imagine sendiri je la ye. Bye.

5 comments:

mala said...

amboi ... syoknya sopping ya :-) tumpang happy

Mila@Rimbun said...

tumpang gembira sama boleh?? hihi

Melor said...

mala.
hepi nih sampai lompat2 katak hang tau

Melor said...

mila
boleh le sgt. awet muda

Hema Octovia said...

aku dpt membayangkan semua keadaan tu melor...terutamanya masa tuan pengarah buka wallet depan cashier hihihi