Wednesday, April 17, 2013

Tips Manis 'n' Kuningkan Buah


Haiiii senaaaahhhh...... emmmmm.... 5 hari akak tak update. Tah ape yg di buat pun akak tak tahu. Bangun je pagi, itu ini sedar sedar dah malam. Esok ulaaaaang lagi benda sama. Tetap tak habissssss kerja di rumah tu.  Hai la senah, selagi bernyawa, selagi berstatus ibu, selagi di panggil isteri tak berkerja eeemmmm....iiiiiitu lah benda kena hadap hari-hari. Nak buat camana kan senah hidup perlu di teruskan kannnnn.....

Pepagi biasa lah tuan pengarah bekfes ngan buah. Sedang tuan pengarah duk leka potong buah. Akak melor ambik sebijik strawbery dalam pinggan. Lepas tu akak gigit  eeeeee...... masamnyer ........

akak : U ni buah strawbery mana nih?
tuan pengarah : biasa la kalau masam tu dari cameron la
akak : kenapa la masam sangat nih.

Sembang punya sembang, keluar la 1 petua dari mulut akak. Kenapa la diorang nih tak letak gula masa nak tanam strawbery nih. Kalau ikut petua orang -orang tua sebelum tanam 1, 1 pokok buah tu, letak la secawan gula pasir di dasar lubang yang di gali, lepas tu selawat la sikit sambil-sambil kambus umbi pokok tu.

Terbukti berkesan tau senah. Contoh bukti nyata depan mata akak melor nih. Si bibik depan rumah akak melor tu, dia tanam pokok mangga ( arahan majikan dia la) bila berbuah, si bibik tu bagi akak rasa sebijik ya Alllaaaaaah senaaaaaah maniiiiiiis betul rasa nyer. Akak pun tanya si bibik tu apa petua dia. Dia kata masa nak tanam tu letak secawan gula ikut petua orang tua-tua dik. Agak-agak boleh guna pakai ke tip maniskan buah nih dengan buah strawbery??????. hihihihiii.... Tu petua untuk maniskan buah. Kalau buah dalam gambar di bawah nih lain pulak petua dia ya senah


Ini buah durian ya. Sapa tak kenal dengan buah ni minta maaf la tak dapet den nak nolong. Sedap buah ni tau. Sapa tak suka makan buah ni emmmmmm..... rugi akak kata tau. Hilang satu nikmat dunia senah wehhhhh.....

Kampung akak melor kalau musim buah memang terkenal. Kampung akak tu kaya dengan buah durian. Bila tiba musim buah durian meriaaaah senah ooiiii..... gerai durian sana-sini ada. Lepas tu dapat makan buah durian fresh, dapat tengok orang masak lempok durian, pas tu makan panas-panas lempok tu uiiiiii.... best nyer senah. Dapat gak tengok orang proses tempoyak senahhhhhh . Jap-jap orang di hilir panggil kenduri. Jap-jap orang di hulu panggil kenduri. Sana-sini orang panggil makan kenduri pulut durian. Meriah + seronok senah akak cite. Bubur durian masak sendirik usak cerita la senah, hari-hari dapat makan.

Masa kecik dulu, akak pernah curik-curik dengar taukeh-taukeh durian bersembang. Masing-masing keluarkan rahsia memasing tentang durian. 1 tu sangat menarik minat akak melor. Kata salah seorang taukeh durian tu. "Ini rahsia, kalau nak isi durian kite tu kuning nyer cantik, kite korek batang pokok tu durian tu. Lepas tu masukkan kunyit. Nanti kuning la isi durian tu" hihihihihi...... nakalkan curik dengar orang tua bercakap.

Lepas tu akak melor kongsi rahsia tu dengan  ayah sebab tanah kami pun ade pokok durian. Akak melor suka makan buah durian pusu. Kesedapan dia tak dapat nak di gambar kan, lemak + pahit manis rasanyer unik la bagi akak. Ada 1 pokok durian tu dalam tanah ayah akak juga. Buah dia terkenal sedap. Isi dia kuning macam emas. Buah dia tak banyak dalam 1 pokok, isi dia pun tak banyak dalam 1 biji semua jenis kucing tido yang pasti harga dia paling mahal. Kebiasaan cina aje yang beli durian tu.

Uppssss.....nak cite tips aje tapi berjela-jela la pulak jadinyer senah wehhhhh.....  Ada ke yang nak baca kalau berjela-jela nih huuhuhuuh.... Bye

6 comments:

mala said...

apa ni sampai ke durian ... :-)

Mila@Rimbun said...

dari strawberry ke mangga n then ke durian plak yerr hihihi

Melor said...

mala
dayung sampan ku hanyut. laju je perahu ku mudik hhiihiih

Melor said...

mila
terover cerita hihiihihi

JunAina said...

Nanti nak soh husband try petua tu bila dia tanam pokok...

Melor said...

junaina
kalau tak menjadi jangan marah melor ya hhiihihhi