Friday, April 12, 2013

Fabric Bookmark

fabric bookmark

Rasa macam nak meluah la senah. Nak luah apa yang terbuku di hati. Lantaran masa yang sentiasa berlari dalam hidup akak nih ada kala bukan kala aje senah sentiasa akak nih tak sempat nak menjawap komen dalam blog. Daku tahu ade yang terasa, tersinggung  malah terkeciiiiiikkkk ati. Tapi nak buat macamana senah akak tak terdaya. 

Bukan sombong atau memilih tapi memang takdan senah. Jadi di kesempatan ini akak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf  kiranya ade yang terasa, tersinggung, terkecik ati lantaran komen tak berjawab.  Aghhhhh..... pilu milu lah pulak ahaksssh.......

Takmo la sedih-sedih. Mari, mari senah kite bergumbira. Kite tengok hasil kerja tangan akak melor ya. Semalam pagi akak masukkan dalam kedai maya akak 7 keping handmade bookmark. Alhamdullilah senaaaah belum sejuk dalam kedai tu dah ada yang sambar. Kite suka tau. Senah nak tengok? nah klik sini

Bookmark nih akak buat guna kain cotton flannel tau. Lepas tu akak jahit sulam bunga tepi keliling, letak pulak riben satin kat atas tu. Nak tahu lebih senah klik la sini ya. Dalam kepala nih banyak idea senah. Material pun banyak dah terkumpul. Tang menghasilkannyer je takde masa ala alasan jeee sebenarnyer awak tu malas.


Kalau lah semua barang yang akak melor hasilkan laku sentiasa. Sedap sikit rasa hati nih. Baru lah seronok nak berkarya. Tapi kite takut la senaaahhh...... takut tak lakuuuuuu. Maklum la barangan akak ni handmade. Tak sehebat yang di jual kat gedung-gedung besar dan berjenama. Pernah terdengar suara-sura sumbang mengatakan barangan akak hasilkan ni takde kelas low kelas la tu. Sedih akak tau. 


Tapi takpe. Akak tanam semangat dalam diri. Rezeki tu ade kat mana-mana kalau awak tak nak beli pasti ade orang lain yang berkenan nak beli. Kite tak kisah pun apa awak umpat sebenarnyer meraung tak henggat dunia huuhuhuhhu.

Kite anggap kata-kata itu sebagai cabaran dan pembakar semangat untuk lebih rajin lagi berkarya. Kan ku buktikan bekerja dari rumah pun boleh berjaya. Bye..

6 comments:

ummuaidan said...

cantik nie akak melornya..apa lak takder kelas..kalo dkt2 dah nak borong nie..:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kreatif & rajin sungguh...

suka suka said...

teruskan berkarya..usaha tangga kejayaan..

Melor said...

ummuaidan
entah lah ummu

Melor said...

madiha
kena jadi kretif stok kain banyak. nak buang sayang.

Melor said...

suka-suka
time kasih. kite nak usaha la nih sampai jaya