Thursday, March 21, 2013

Tip "n" Cara Tanam Bunga Bromeliad

hobi & tip berkebun

Semalam post gambar bunga bromiliad kembang. Ghairah terlampau, tercepat lak Cik Melor ambil gambar sedangnya bunga bromiliad tu belum kembang habis. So kecantikan yang di tonjolkan tu hanya separuh je.

Senah perasaan tak gambar bunga bromiliad semalam takde kaler purple kebiruan dan kuning tuh. Kalau tengok dekat ade warna biru-biru sikit tau senah. Sebenarnyer bila kemuncak kembang kudup bunga bromiliad nih akan terbelah di hujung dan mengeluarkan stigma berwarna purple kebiruan dan kuning. 2, 3 hari lepas stigma tu keluar, nanti bunga akan gugur. Itu tanda riwayat bunga bromiliad nak tamat.

Semalam ada permintaan tunjukkan si bromiliad yang kembang penuh. Jadi hari ni cik melor buat entry lagi pasal bunga bromiliad dancik melor sertakan sekali tip "n" cara tanam pokok ni berbunga

Tip untuk bunga bromiliad :-
  1. tahan kembang dalam masa seminggu lebih
  2. Pokok nih susah sikit nak berbunga kalau x kena dgn kedeknyer
  3. siput babi x suka makan pohoh nih. Jadi daun x rosak 
  4. Setiap kelopak daun dia mesti ada air bertakung untuk menjamin kesegaran pokok.
  5. untuk elak jentik-jentik akak melor letak ubat jentik-jentik ya senah.   
  6. letak di tempat yang teduh tetapi masih lagi mendapat cahaya matahari yang banyak. Bromiliad tak tahan kena cahaya matahari direct ya senah. Daun mudah lecur.
  7. perlukan cahaya matahari untuk proses berbunga. Kalau tanam kat tempat teduh sangat pokok jadi malas berbunga tapi galak berdaun huhuhuhu
 Cara tanam bunga bromiliad :-
  1. perlukan tanah yang kaya humus.
  2. letak tanah berhumus di dasar pasu. Masukkan anak pokok, tambah lagi tanah, diselang seli dengan dedaun dan ranting kering.
  3. guna baja taik ayam. baja bunga. baja macam biji sawi, dan baja kaler biru untuk batang pokok kuat dan bagi anak pokok tumbuh dengan banyak. Semua ada jual kat nuseri pasaraya ya senah.
  4. siram hari-hari. Masa menyiram tuh pastikan tak lupa isi air dalam kelopak setiap pokok, jangan lupa masukkan ubat jentik-jentik senah yaaa

Tip dan cara tanam yang di kongsi ini hanyalah dari pengalaman sendiri senah ya. Lain orang lain la pulak caranya. Lebih-lebih lagi kalau pakar yang tanam......

Ok Mala - journey to simplicity, puas hati tak dengan penerangan yang di beri.

4 comments:

Suzie said...

bab nak jaga ni lemah betul

Melor said...

suzie.
apa-apa benda pun bab nak jaga tu yg penat tuuuu. tapi kalu dah suka penat pun takpaaaaa

wani sc said...

cantiknya bunga ni. kena takung air pada daun ya.
alamak, baru teringat pokok saya ada yang jenis daun takung air juga tapi tak check pulak ada jentik-jentik atau tidak. ayayayaii.
salam kenal kak Melor. seronok baca tips menjahit dan gardening ;)

Melor said...

wanisc
salam kenal jugak untuk mu wani. selalu2 la kemari ya tengok pokok bunga kite. dan tq dtg rumah kite