Monday, March 11, 2013

Peria Katak Dah Memanjat

Sukaaaa sangat makan buah peria. Terutama buah peria katak. Di goreng, di gulai  habis licin kena balun hihiihihih...... Hari tu Cik Melor masak peria katak. Bijinya Cik Melor semai senah eh.

Sekarang anak peria katak dah besar dan mula keluarkan sulur memanjat. Kayu junjung belum ada lagi. Member dah mula berpaut tuh huhuhu...

hobi & tip berkebun

Percubaan tanam peria katak. Cik Melor tanam dalam tab mandi baby je senah wehhh..... Maklumlah rumah Cik Melor nih miskin tanah.

hobi & tip berkebun

Close-up sikit, anak peria katak Cik Melor berpaut di pokok bunga jiran sebelah. Mana nak cari kayu buat junjung nih !!!!

4 comments:

JunAina said...

Tak sabar nak tengok hasilnya nanti.

TukangKebun said...

Sihat walfiat nampak anak pokoknya. Banyak khasiat buah peria tak rugi tanam sendiri.

Melor said...

junaina
kite nanti tengok buah dia pula

Melor said...

tukang kebun
yup peria nik banyak kasiat.melor suka makan. n tq sudi follow my blog