Saturday, December 22, 2012

Rahsia "kenapa kulit kerang ada dalam pasu bunga"

image google source

menjawap kenapa soalan JaSSNaNi tentang kulit kerang dalam pasu bunga di rumah akak melor tu hari ya. Ok baca betul-betul apa yang akak taip nih, nanti ilmu yang dapat tu betul-betul ilmu bukan ilmu songsang ya. Ini mengikut kefahaman dan pengetahuan dan amalan akak melor sendiri ya. Tiada kaitan antara yang hidup mau pun dah meninggal hihiihih........

Senah tau dak, kulit kerang nih banyak mengandungi unsur kalsium karbonat yang tinggi selain kandungan mineral lain seperti potassium dan fosforus. Kalsium karbonat antara unsur yang digunakan dalam dunia perkebunan untuk meneutral kandungan asid dalam tanah ( meningkatkan kadar ph), oleh itu kebiasaannyer tanaman akan tumbuh dengan lebih subur. - akak melor tau tuh.

Meletakkan kulit kerang yang telah di cuci ke dalam pasu orkid anda antara petua yang digunakan untuk meningkatkan kesuburan pokok tersebut - akak melor buat tuh

kulit kerang yang kebiasaanya di buang begitu sahaja kini boleh di letakkan sebagai salah satu cara  memberi nutrien tambahan kepada pokok orkid kesayangan anda. Tidak perlu dalam kuantiti yang banyak, hanya beberapa kulit kerang sahaja sudah mencukupi.-  untung tuh.

  1. masa akak melor recycle tanah hari tuh, kulit kerang tuh memang dah ada dalam tanah jadi akak  gaul sekali la.
  2. akak melor juga tutup tanah dalam pasu bunga dengan kulit kerang. Untuk elak percikan tanah masa menyiram sebab akak melor ada letak bunga hidup dalam rumah sebagai hiasan
  3. bunga kat luar rumah pun akak melor buat macam tu . selain bekalkan nutrien tambahan, kulit kerang memberi pandangan bersih pada mata akak melor la 
Ok JaSSNani sudah faham " kenapa kulit kerang ada dalam pasu bunga" panjang lebar akak melor terangkan tau. Sukaaaa tau akak melor kongsi-kongsi ilmu taman nih. Blog akak melor nih macam-macam ada, singgah le selalu ya senaaahhh....

4 comments:

suka suka said...

Salam Senah.. Terima Kasih atas perkongsian info..

ummuaidan said...

Salam melor..ummu dtg bertandang nie...apa lak kerang2 busuk nie..heheh
bags info nie sy tak pernah tahu pun sblm nie..

Melor said...

suka-suka
sama2

Melor said...

ummuaidan
jimat kos.