Hai....senahhhh. Pagi ni kan, akak melor nak kongsi tip, Tip macamana nak didik anak jadi pandai. Akak melor nih tak le berapa pandai didik anak. Akan tetapi, akak melor berusaha supaya jadi pandai ketika mendidik anak. Makanyer akak jumpa tip nih dan rasanyer sesuai untuk di kongsi dengan pembaca kesayangan akak semua.
Rasanyer ramai dah tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu dan masih mencari-cari cara untuk mendidik anak supaya jadi pintar. Ada banyak cara untuk anak jadi pintar ya senah. Ada yang kena keluar duit banyak, ada juga tak perlu pun guna duit. Cuma perlukan usaha sahaja. Akak lebih suka cara yang menjimatkan hiihihiih...... otak kedekut tu sentiasa ada. Mana satu pilihan hati, senah sendiri la yang tentukan yaaaa. Mari kite baca apa dia tip-tip tu senah yaaaaa......
1. setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2. membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3. bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
6. untuk membine otak. Selalu buat latihan metamatik bebanyak.Bile buat latihan metamatik ia akan membuatkan otak kite berpikir ngan cepat/rasional/mempunyai logik yang tinggi dan insyaallah akan membantu dalam mempelajari benda-benda yang lain...
7. ketika mengandung, selalu ler buat latihan matematik untuk membantu otak bayi berkembang...
8. kalo bebudak/anak... biar le mereka membesar dengan cara bebudak... kite guide aje dengan sepatutnye... kalo budak/anak tersebut tak membesar sebagai budak-budak...maksud akak semua dah terror ikot perangai dan berpikiran cam org dewasa (ramai mak bapak nak cam nih) mungkin akan ada sedikit kenangan sahaje yang akan kita ingati bile anak-anak dah besar.
Emmm.... nak cuba la lepas nih serta jadikan amalan, Untung-untung berkat amalan nih. anak-anak akak jadi manusia pintar. Ok senah jangan lupa cuba ye. bye2...
3 comments:
Assalam,
Bagus sharing sini. Moga anak2 pintar semua.
bagus perkongsian nie akak...senah pun teringin nak cuba jgk,,manalah tau ...
terima kasih atas perkongsian ini..saya masih belajar untuk berikan yang terbaik untuk anak2
Post a Comment