Friday, December 14, 2012

Alteration - Oct, Nov, Dec 2012


Haisssss.... bila tengok gambar kat atas, rasa kembang idung akak melor nih. bangga la tu. Mana tak nyer senah ooiii..... hasil kerja kite di akui orang. Ada yang customer baru ada juga dari customer berulang. Semua baju-baju tu hasil kerja ubah suai akak sepanjang oktober, november dan disember. Alhamdulliah senaaaah, rezeki akak.

Kadang-kadang tu rasa tak percaya pun ada. Akak boleh buat kerja macam nih. Seronok pun ada senah weh. Sambil layan anak sambil buat apa yang kite suka. Nak-nak pula hasil kerja kite tu ada pulangan. Walaupun tak lumayan, rasa bahagia sangat. Itu akak la orang lain tak tahu la pula.

Cuma tak sedap di telinga akak nih senah, bila ada yang mengata, buat apa la nak susahkan diri. Bukan nyer suami tak mampu. Lagi pun apa hebatnyer sekadar buat ubahsuai pakaian. Lebih hebat menjahit. Maybe orang itu tidak membaca keseluruhan rentetan peristiwa dalam Dunia Cmelor, sebab itu tergamak dia berkata-kata begitu.

Tanam bunga ada yang tak senang, menjahit  orang tak suka. Hias rumah ada yang cemburu. Habis apa yang patut di buat. Emmmm.... entah lah dunia, dunia..... Takpa la senah ooiii..... Biarkan lah dia. Yang penting akak melor bahagia dengan dunia akak. 

Pisssttt...pisstttt...... skirt double layer tu hari dah laku 2 helai. Sukaaaaa sangat nih. Untuk yang belum tengok dan baca, boleh la klik sini  dan sini ya. Bye......

3 comments:

Suzie said...

janji kita suka buat kerja tu kan ....

Melor said...

suzie
lamaaa tak menyingah sini. betul tu cuma sesekali hati tu rasa gak geram

Ghulam Mhuhddeen said...

Get Free Download Softwares with key
LQPonline. blogspot.com provides free downloads for Windows ,WORLD Best Site for,Solve your Computer Problems, Download Free Register Software & Games, Make Money Online, Learn Complete Computer Softwares and Computer Tips in Urdu Language with Video. www.LQponline.blogspot.com