Tuesday, November 27, 2012

Garden - Wild Rose


Hujan -hujan pun tetap kembang. Walau ada yang tak sempat kembang rosak dek terlebih air, ada juga yang sempat berkembang dengan jayanyer. Ini wild rose yang dah lama akak melor tanam. Banyak sudah pancaroba yang telah di hadapi nyer. Dari segar bugar pokok nyer hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dia tetap berbunga hihiiihi bahana tuan pokok malas.

Tuan pokok nih ada angin tau senah. Kalau datang angin rajin, hari-hari duk belek pokok je kerjanyer. Kalau angin kus-kus yang datang mau berbulan la tuan pokok tak godek tanah. huhuuhhu nasib la kau pokok dapat tuan yang banyak angin.

Wild rose tu nama orang putih kalau malaya kite panggil rose kampung je senah. Sebab sedap dengar dan sedap menyebut makanyer akak melor pun taip wild rose gitu. Lagi pun kalau di google senang nak timbul senaaaaahh hahhahah......

Senang betul nak tanam wild rose nih senah tau. Tak cerewet langsung. Nak semai baru pun senang, cuma perlu potong ranting yang  dah matang cucuk dalam tanah lembab letak di tempat teduh. Kalau ada serbuk pengalak akak lagi senang kerja kite senah. Cepat la dia berakar.

Wild rose ni suka cahaya matahari yang penuh. Baja taik ayam boleh, baja kimia pun boleh. Suka hati la pilih yang mana.  Nak wild rose sentiasa berbunga senah kena la rajin buat cantasan supaya sentiasa ada pucuk baru. Baru laaaa galak dia berbunga senah yaaaa......

6 comments:

ummuaidan said...

cantik betul rose kampung melur nie yer..segar nampaknya...

suka suka said...

Camne guna penggalak akar tu?

JaSSNaNi said...

yang best bau dia.. sweet je.. suka baru bunga rose..

Melor said...

ummuaidan ,
rose kampung tu memang cantik, tak cerewet mcm ros yg lain. melor lupa tulis rose kg ni bau dia wangi sgt.

Melor said...

suka-suka
biasanye untuk tanam pokok yg gunakan keratan ranting.
1.potong ranting menyerong
2. celup hujung ranting bhgian masuk dlm tanah,dlm serbuk. hujung shj ya.
3. ketuk sikit ranting tadi agar lebihan serbuk tu jatuh.
4. terus cucuk dlm tanah lembab.
5. fungsi serbuk pengalak akakr ni utk buat semaian kite cepat berakar.

Melor said...

jassnani
melor akui ros kg ni memamg berbau wangi. dlm n3 tu melor lupa taip ros kg ni bau wangi