04 November 2012

Janji

Emmm..... sapa yang tak pernah berjanji. Hampir semua manusia yang wujud atas muka bumi ni pasti pernah berjanji. Walaupun janji dengan diri sendiri. Itu tetap dikira janji kan senahhhhh. Bila dah berjanji kite kena tunaikan. Begitu juga  bila kite menerima janji kite kena amanah kan senahhhhh...... So kalau sesapa yang tidak tunai janji dan tidak amanah menerima janji macamana yek ? sendiri mau ingat la senah weiiiii .... Renung-renungkan lah kategori mana satu kite berada..

Apa ke hal lak le akak melor nih tulis pasal topik Janji nih. Ala.... senah akak nih nak senang kan hati je. Sebab akak ada buat janji dan lawan akak tu pun dah terima janji yang dilafaskan. Tak semena-mena lawan janji akak tu tiba-tiba lupa pada janji. Jadi akak melor susah hati la bila jadi macam ni. U no me senahkan. Ai ni kan jiwa lembut, mudah sangat sentitip. Jiwa kacau la jadinye. Baru je hati nak ceria ada lak yang menganggu kebahagian akak nih. Hai la nasib hai la badan. Sapa suruh buat janji. Sendiri mau ingat la ya.

So akak gugel la nak tahu apa hukumnye kalau kite mungkiri janji. Kut-kut bolih le hati ni tenang sikit dan akak jumpa nih. Jom la kite baca untuk jadi renungan bersama.

Tepati janji dan persoalaannya dalam Islam
- Ustaz Zainudin Hashim
 

Orang yang memungkiri janji termasuk dalam kategori manusia yang dilabelkan sebagai talam dua muka, tindakan itu dilarang keras oleh baginda Rasulullah s.a.w., justeru mereka yang terbabit dalam kategori ini jelas disebut sebagai golongan munafik, wal 'iyazu billah.

Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia meninggalkannya:

"Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia bercakap dia berdusta, jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia bertelingkah dia celupar."

Jelas daripada apa yang ditegaskan Nabi melalui hadis tersebut di atas, membayangkan kepada kita betapa memungkiri janji adalah satu perbuatan negatif yang melayakkan seseorang Muslim itu digelar munafik, apa yang membimbangkan kita ialah golongan munafik ditempatkan Allah di bawah sekali dalam api neraka, tempat yang paling dekat dengan api yang membakar.

Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu mampu menunaikan sesuatu janji terhadap saudara Muslimnya yang lain, maka sebenarnya dia telah melakukan satu tuntutan agama yang amat besar dalam hidupnya, malah dia berhak mendapat naungan daripada Allah dalam segenap aktiviti kehidupan hariannya sebagai Muslim yang baik.

contoh paling senang nak nampak.

Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama - JAKIM
Kategori: Tasawwuf/Akhlak

Soalan:

apakah hukum memungkiri janji pada seseorang sekiranya janji itu melibatkan perkahwinan? maksud saya, teman lelaki saya berjanji untuk mengahwini saya dan saya telah berjanji untuk mengahwininya tetapi saya mahu menamatkan perhubungan kami kerana ciri2 dirinya tidak menepati pilihan saya.

Jawapan:
Menunaikan janji adalah wajib. Sesiapa yang tidak menunaikan janji adalah munafik berdasarkan firman Allah yang bermaksud "sempurnakanlah janji-janji kamu" dan hadis Nabi yang bermaksud "Diantara tanda-tanda munafik ialah tidak menunaikan janji". Konsep janji adalah sama tanpa mengambil kira ianya melibatkan hal perkahwinan atau apa-apa sahaja. Oleh itu tepatilah janji dan kotakanlah apa yang di katakan.


emmm....... akak melor tengah duk merenung nih. Senah macamana...... ada renung tak???

4 comments:

mala said...

sapa pulak yg mungkir janji ni?

Cik Melor said...

mala
u no mi no tst je lah. huhuuhhuh

fiqkbe said...

1 malaysia, janji ditepati :P

Cik Melor said...

fiqkbe
ya janji 1 malaysia