28 August 2012

Jahit Manik Sulam Tampal + Cerita Lepas Raya

Assalamualaikum .... salam ku beri sebagai pembuka bicara, kerana lama menyepi diri. Kepada yang bertanya usah lah gusar di hati, akak masih lagi teguh berdiri. Ke sana sini melayan diri, Almaklum la balas dendam setelah teruk penatkan diri hahhahahah....... Akak balik beraya seminggu di kampung laman tapi bukan betul-betul kampung terchenta hampir-hampir la dengan kampung. Tak pa la asalkan dapat bersama-sama dengan bonda dan sanak saudara pun jadi la ya. 

Sebenarnya bonda akak tu dah sewa kan rumah di kampung. Bonda berpindah ke bandar menyewa kedai temankan adik akak, Dia baru belajar berniaga. So hari tu akak beraya la di kedai tu. Kiranye kodai cum rumah sekali la. Apa-apa pun akak melor hepi la balik beraya kek kampung tuh. Terlerai juga lah rindu mengunung di hati. Paling akak gembira coz dapat menjengah pusara ayahanda, tapi lupa bawak kamera. Ambik la gambar dengan handpon. Hanhpon lak meragam. Angin je satu badan.


Permintaan mala simplicity. Katanyer nak tengok baju raya anak-anak akak melor. Nak ku persembahkan untuk mu wahai mala simplicity, tatap la sepuas hati mu. Nanti balik dari oman, hang jangan lupa tempah baju kat chek ya haahahaa..... Mala simplicity nih kusstomer lama akak. Dia sekeluarga dah berpindah ke oman so tahun ni akak takde la jahit baju raya dia sekeluarga.


Sebab masa dah suntuk, akak melor sempat jahitkan baju-baju anak-anak je. Baju kurung riau kau senah. Mak nyer pun riau jugak tapi riau lama huhuhuhu...... Kiranyer kitarsemula la. Tu la sapa suruh tamak sangat kan dah tak dapat raya dengan baju baru.  Jahit manik kat baju anak pun asal ada je. Akak beli bunga siap dan tampal aje kat baju lepas tu jahit aje manik . Hajat hati tu nak la jahit manik bunga-bunga , Tak sempat kau senah. Akak taram aje lah dan tu la hasil nyer yang dapat . Tu pun jahit separuh je manik, janji nampak manik nyer. Hero akak lak jahit baju melayu johor je lepas tu jahit kerang nak nampak hijau putih tema la katakan dan akak sulam sikit di poket tu supaya takde la kosong sangat serta nampak la putih-putih nyer. 

Si makcik google tu bukan main suka dengan baju dia. Hari-hari duk gosok cium baju tu. katanyer " atik aju - atik aju" Kalau bagi dia try takde nyer dia nak tanggalkan so akak pakaikan kat patung. Pagi raya tu makcik google pakai baju tu sampai ke malam dan bawak tido sekali.


bergambar kat kodai adik dengan bonda dan anak sedare. Yang baju kaler merah tu la akak melor Disebabkan akak melor tak tutup urat maka akak melor terpaksa la hitamkan bahagian muka tu. Tu baju raya akak 6 tahun yang lalu. Suka pakai sebab kain dia tak panas lagi pun akak melor ade juga jahit manik sikit kat baju tu. Rasa macam ade la sikit serinyer hihihihi.... sila jangan muntah ya senah.

Ni dalam proses nak siapkan baju raya akak lak di samping siapkan tempahan orang yang ada tu. Nak melaram ke rumah terbuka senah ooiii....hahhahah......

8 comments:

mala said...

cantik bangat!!!

Cik Melor said...

mala
huhuuhhu ikhlas ya hang puji tu

Raimanda said...

pandainye melor jahit.

mala said...

ikhlas ..... tapi jauuuh :)

Cik Melor said...

mrs lya
seronok + kembang kite tau

kisah hidup ku said...

Salam Melur

cara nak edit kod HTML blog sila ikut panduan sementara di http://panduanuntukblogger.blogspot.com/.

delete buang semua kod HTML lama dalam window edit HTML tu kemudian paste masukkan kod HTML template yang baru. (khas untuk template 3rd party yang bukan disediakan oleh blogger)

Calipso said...

sorry delete komen kat atas tu dah terpakai nama orang lain...

Salam Melur

cara nak edit kod HTML template blog sila ikut panduan sementara di http://panduanuntukblogger.blogspot.com/".

delete buang semua kod HTML lama dalam window edit HTML tu kemudian paste masukkan kod HTML template yang baru. (khas untuk template 3rd party yang bukan disediakan oleh blogger)

Sweet And Simple said...

pandailah awk jahit manik...cantik, hijau lagi tu