Tuesday, September 4, 2012

Alteration : Jubah Cantik Anda Di Sini

Soriiiii....... takde jubah pun nak jual hihiihih..... ini hanya sekadar tontonan buat yang meminta. Ulang sekali lagi "sekadar tontonan" jangan paksa akak jual ya. Sebenarnye ini jubah-jubah yang telah akak kerjakan aka buat alteration dari bulan 7 membawa ke bulan posa dan tamat ketika hampir raya hahaha.... Saja je tu nak eksen. Kerja-kerja yang mencelah ketika akak melor tengah syok merempit nak siapkan tempahan orang. Tapi takpa, dapat juga akak melor merasa pegang jubah-jubah cantik dan mahal ni.

  1. yang ni banyak sikit nak kerjakan dia. Nanti aka cerita di lain n3 k.
  2. cantik jubah nih. Rege dia pun boleh tahan. Milik seorang mak datin vogue. Bahagian bawah jubah ni kembang payong dan ada lining dalam jadi nak mengalter nyer pun jadi lebih sikit dari jubah biasa. Akak kena potong kaki jubah 2x dan jahitnyer 2x dan cas nyer pun 2x hahahhah.
  3. Jubah ni pun sama dengan jubah atas. Kembang payong di bawah dan ada lining dalam. So sama juga kerjanyer. Akak melor potong 2x, jahit 2x dan cas 2x juga hahahaha lagi sekali gelak masukkkkkk....senah.

  1. jubah ni akak kena luaskan leher mencekik nyer. Buang zip kat leher tu dan tutup balik serta jadikan leher perahu. Manakala bahagian bawah nyer macam biasa potong kasi pendek ikut ketinggian yang empunya. Disebabkan bahagian bawah tu kembang payong jadi lebih sikit la masa dan benang yang digunakan untuk bahagian tu sahaja hihiihi
  2. Yang ni pun sama, leher dia pun mencekik dan ada klim. Jenis kain berat. Mungkin kerana berat sebab tu la design dia di buat lagu tu, leher rapat ke tengkuk. Tak selesa betul akak kasi tau senah wehhh. So akak melor diminta buang leher tu dan jahit kasi luas. So jadi la macam tu ala-ala leher perahu. Bahagian bawah pun kembang payong gak, potong kasi sesuai dengan tinggi di pemakai.
  3.  no 3 ni pun sama material dia berat .Potongan leher rapat ke tengkuk sungguh menyiksakan. Arahan pun sama di terima kasi luas tu leher. So akak potong aje la bagi luas sambil tu buat la sehampir yang mungkin dengan design asal. Bawah pun sama kembang payong kasi potong ikut ketinggian tuan jubah. Tak kisah pun semua akak melor buat janji masukkkk...... hhahahhaah

  1. Akak melor di minta potong kaki jubah dan pasang spam bagi naik terletak bahu tuh.
  2. Yang kaler merah tu akak melor di mintak kecilkan bahagian pinggang kasi ada shape sikit
  3. Yang ni pun kecilkan bahagian pingang bagi nampak ada shape sikit takde la gedoboh sangat.
Biasa la kan kalau beli baju siap mesti ada yang tak kena dengan saiz kite. Kecil situ la besar sini la. Panjang pendek. Emmmmm entah lah 1001 masalah ada. Tapi tak pa senah,  masalah tu akak melor boleh kasi settle dengan syarat hantar la buat alteration kat CMelor's Shop amboi-amboi promote nampak. hihihihi...... Nak hidup senah kena la pandaikannnnnn.........

7 comments:

mala said...

berkenan kat abaya hitam :)

JunAina said...

Sekarang ni trend pakai abaya ni... Jun pun pagi raya pakai jubah tetapi jubah modenlah yg ada shape sikit tapi tak le sampai mejolok mata.

Puteri Nurhayati said...

Banyaknya jubah Melor alter. Patut la busy. :)

Melor said...

mala
hang dpt kenan je la ya semua tu org yg punya

Melor said...

junaina
ya la skrg ni org sukka pakai abaya trend la kut. melor x pakai abaya susah nak tetekkan baby huhuhuh....

Melor said...

yati.
itu jubah saja belum alteration yg lain. tu buat melor nak nangis tika penat. Rezeki masuk terima je la kan.

HEMA said...

rajin la awak melor...sy bab2 ubah mengubah mcm ni la yg sy paling lemah hehehe