Saturday, August 11, 2012

Benda Yang Kite Patut Tahu Tentang Tong Gas


Selallu duk cerita pasal manik, jahitan boring gak jadi hari nih, nak kongsi sikit maklumat tentang tong gas kat dapur kite tuh. Bukan apa dah banyak hari akak melor terbaca tentang tong gas nih.Tergerak lak hati tu nak kongsi. Benda baik elok lah dikongsi kan senah. Untuk keselamatan kite bersama juga senah ooiii...... N3 nih akak kopipess dari blog pak long din ya senah dan pak long din soriiiii n jange maroh deh ambo kopi n3 pak long din.

 Apa benda yang kita guna akan ada tarikh luputnya tersendiri. Umum dah tau, penggunaan sesatu produk selepaih tarikh luput memang tak digalakkan melainkan la kalau dah kita dalam kategori SEGAN NAK BERNYAWA... haha...

Memang bahaya... Pak Long pun baru tau rupanya tong ges yang kita pakai tu pun ada jugak tarikh luputnya. Jadi dah kita sebagai pengguna neh kena pakat-pakat beringat la, periksa tarikh luput tong tu sebagai satu daripada langkah kita menjamin keselamatan diri dan keluarga...

Ca perati kat salah satu sisi tong ges tuh, ada tarikh luput yang depa kodkan secara berhuruf A, B, C atau D diikuti dengan dua digit... contohnya D06

Huruf tuh bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun;

A untuk Mac (Suku pertama)
B untuk Jun (Suku kedua)
C untuk Sep (Suku ketiga) dan
D untuk Dis (Suku keempat)

Dua digit tu pulak menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan... kalau D06 bermaksud tong tuh hanya selamat digunakan sehingga Disember 2006 ja...

Jadi, periksalah tong ges kita tiap kali kita order tong baru kerumah kita...

Baguih kan maklumat neh. Lepaih ni boleh la kita gunakan hak kita sebagai pengguna untuk menolak tong ges yang tamat tempoh penggunaannya dari dibekalkan oleh pembekal...

sekian n3 kopipesss dari akak melor.

2 comments:

mala said...

salam aidilfitri dari muscat, oman

PS: gas aku kat sini free!

Puteri Nurhayati said...

Baru tau ni, melor. Yati tak pernah check pun. Timasih bagitau yek.