04 July 2012

Paginyer Baik Petangnyer Buruk


Semalam emosi cik melor berada tahap amat baik, amat gumbira dan kalau boleh rasa nak lompat tinggi-tinggi, dan kalau boleh nak je capai hujung awan tu, Nak guling-guling dalam lembut gebu awan. Tak dapat di gambarkan kegumbiran belah pagi tuuuuu..... Masih tak sedar diri jugak tu, asal gumbira nak lompat aje kerjanyer, awak tu double xl kang ada yang susah nanti kih.. kih..kih....

Mesti senah nak tahu apa benda yang buatkan akak gumbira yang amat sangat. Semalam akak dah rewardkan diri dengan 1 hadiah yang tak tercapai dek akal sendiri .  Rasa bangga kerana dapat beli benda yang berharga macam tu hasil dari keringat sendiri. Kagum sungguh nih huhuhuuh...... Tentang reward nih akak melor cite lain entry wokeh. Senah tunggu tauuuuu...


Belah petangnyer, kita dapat call dari sekolah. Katanyer sidara ku jatuh tangga dan pergelangan tangannya bengkak. Pihak sekolah minta kita datang ambil sidara tuh. Memandangkan waktu sekolah lagi 1/2 jam nak tamat  campur dengan 2 orang anak kecil kitak tengah beradu, terpaksa la kita buat t keputusan yang berat. Suruh aje si dara tu balik dengan Van. 1/2 jam jugak le si dara tu menanggung sakit sendirian. Nak buat macamana ibu tak terdaya. Bila dah balik kena tunggu le pulak tuan pengarah balik dalam kul 9 malam bawak gi klinik. Doktor bagi ubat tahan sakit, esok suruh gi x-ray kat DSH.

Al kisahnyer tuan pengarah lak pagi-pagi lagi kena kerja luar. Makanyer kita la yang kena hantar sidara ke hosspital. Pagi tadi gi la x-ray tangan sidara tuh. Berita buruk yang akak terim, pergelangan dia patah dan perlu di simen.

Doktor sarankan kita balut tangan sidara supaya tak bergerak takut tulang dia makin teruk. Entah betul ke tidak cara balut tu harap-harap dapat membantu. Sekarang nih akak tengah tunggu tuan pengarah balik dari putrajaya nak bawak sidara gi simen tangan. Hai lambatnye masa bergerak. Hai lambatnar tuan pengarah balik. Hati kita dah tak keruan nih.

 Adusss hati ku tak keruan. Bye


3 comments:

Suzie said...

Aduh ...bab anak2 ni memang tak keruan .Kalau ada susu badan sapulah kat tangan tu ...insya Allah .Tak pernah buat tapi ada dapat petua tu dari orang-orang tua

Cik Melor said...

suzie
ya ke nati nak buat nih n tq bagi petua tu

Maiyah said...

salam..

knp doktor tu x balutkan.. jaga elok tau