Monday, June 11, 2012

Tutu Skirt Ekor Guppy


Apa nak panggil benda ni nih. Nak kata tutu skirts tak berapa nak tutu. So senang cerita akak panggil je lah tutu ekor guppy semperna ikan guppy belaan akak kat depan rumah tu hahhahah...... selesai semua masalah. Sebenarnya skirt nih lebih kepada tali pinggang, sebab kita boleh tanggalkan macam belt yang orang lelaki pakai tu. Kehendak pengoder, akak ikut aje.

Eh.... eh... eh senah tak setuju. Nak penerangan pula. Ok, baca nih ya. Perasan tak ikan guppy nih kalau yang jantan nyer ekor dia cukup cantik cukup menarik. Tapi yang betina tak menarik. Lumrah alam yang jantan perlu berekor cantik untuk menarik si betina. Sama juga dengan ikan laga, bukankah ekor ikan-ikan nih amat menarik dan cantik. So akak melor letak la nama tutu skirts ekor guppy lagi pun akak yang jahit dan akak yang reka. Suka hati akak la nak letak nama apa ya. Senah jangan marahhhhh nanti cepat tua. Senyum sikit. Kan cantik gitu macam ekor ikan guppy dah senah nih hihiihi.......

Senah pernah tak tengok ikan laga? Cantik tau ikan nih dan tak cerewet untuk dibela. Senah ada pengalaman cari dan tangkap ikan laga ?. Uuuuuiiiiii akak melor  pernah tau. Nanti lah lain n3 akak cite pasal ikan-ikan ni. Itu pun kena tengok mood akak juga lah ya hiihiiih.....


Dan sesi mengayakan tutu skirt ekor guppy handmade by cmelor sebelum tutu tu semua di ambil pengodernyer. 3 permata hati akak ni jadi model gaya bebas. Layan je la aksi mereka nih sebagai hiburan tanpa wasangka k.

2 comments:

Maiyah said...

salam..

tata titi tutu hehe
ini URL baru, dlm bloglist 'cite maiyah' dah removed

mala said...

cantik wei!