09 June 2012

@ Pizza Hut

pizza hut
masa makan - bagi kuliah ke anak dara akak adab-adab di meja makan

Entry suka-suki nak hilang tension. Meronda tengok lampu dan makan-makan apa yang patut. Cik melor berempat aje, tuan pengarah dah terbang ke seberang laut jadi keboringan melanda kami.

Anak-anak minta nak makan pizza @ pizza hut.  Malam kita bawa anak-anak gi makan pizza @ pizza hut la . Senah nak tahu sekarang ni @ pizza hut ada buat promisi  "hari-hari makan percuma untuk budak yang ketinggian +- 120 cm @ free bila bil lebih dari rm20 untuk satu anak "meal for kids" je la. Sibujang kita dapat dapat makan free. Selamat 10 hengget  Huhuhuh.....berkira ye mak diaaa...

Makcik google tersenyum kipuk dapat makan spaggeti bolognese kat pizza hut kongsi dengan kakak sidara dan sibyjang makan spagetti carbonara. Kita macam biasa la pizza untuk sorang makan "personal" kongsi ngan sidara.. Sedap senah eh spaggeti di pizza hut ni

Lepas makan kami jalan-jalan sekali kita jumpa satu kedai jual baju budak pompuan. Ya Allah senahhhh..... akak punya la suka nenggoknya rasa macam nak lompat-lompat masih lagi tak sedar diri tu, suka je nak lompat, asal suka je nak lompat. Aloo ahkak bawak la mengucap sikit, awak tu saiz double xxl. Di buat nyer runtuh komplek tu sapa yang susah hihihihi....

pizza hut
 aktiviti main air lepas makan. Sayang akak punya gambar takde nak buat macamana, akakkan camerawoman hahah...

Senah tahu kan, impian kita ni nak buka butik kanak-kanak. Di sebabkan masa dan tanggungjawab yang tak boleh di elakkan terpaksa la dipendamkan dulu impian tu. Tunggu anak-anak besar dulu baru boleh kita mengorak langkah.

Buat sementara nih kita buat secara online dan offline dari rumah je. Kiranyer kita ni bekerja dari rumah aje. WAHM work at home mum gitu. Jangan marah senahhhhh kita selit iklan lagi. Nak harapkan sapa  promote kalau tak diri sendiri kan senah. Bye.


2 comments:

mala said...

rindu kat hampa semua :(

Cik Melor said...

mala
betulkah dikau merindui we all???? ahak...