Monday, June 4, 2012

Eksotik Bromeliaceae Dah Kembang

hobi & tip berkebun

Cantik tak senah ?.  Selinggan lagi buat hilang penat tika menjahit huhuuhuuh..... Nasib baik cik melor tak buang hari tu, masa orang nyamuk suruh buang sebab pokok nih ada menakung air dalam kelopak daunnya. Bunga sulong nih, sebab tu cik melor excited sangat. Masa tahu pokok ni dah berbunga rasa nak lompat-lompat. Nasib baik cepat sedar diri senah, kalau tak .... mau lantai porch tu berlubang akibat dari lompatan maut si hippo hihihi.......

Cik melor dapat benih pokok ni dari jiran sebelah. Jiran akak ni suka tanam pokok bunga sehingga dia boleh buat bisneh jual bunga, service pokok dan laman kat orang yang berminat. Base bisneh dia hanya di rumah je tau. Kiranya macam cik melor la juga work at home mum (WAHM). Sikit-sikit promosi takpa kan Senah.

Pokok bunga ni dari spesis genus aechmes berasal dari famili tumbuhan bromeliaceae merupakan sejenis tanaman eksotik. Berasal dari hutan belantara di Amerika Selatan terutama  yang beriklim tropika seperti Brazil dan negara berdekatan.

Sikit info pasal pokok aechmea untuk yang berminat nak tahu. Yang tak berminat tu pun tak salah kalau ambil tahu, tambahkan ilmu di dada. Kalau nak tahu cara tanam pokok nih senah selalu la singgah sini ya. Ok lah dulu cik melor nak gi sambung jahit banyak lagi yang belum siap nih. Bye.

2 comments:

mala said...

mcm bunga kantan saja .. buat laksa ok gak ni :)

Melor said...

mala
hang dulu la try buat laksa.