05 May 2012

Kemboja Ku Jadi Header

kemboja

Tak terfikir pula selama nih nak abadi kan gambar-gambar indah dalam simpanan sebagai header. Duk la tempek gambar google punya. Kan elok guna hasil sendiri. Ada juga pekdahnya klik sana klik sini tu. Sekurang-kurangnya dapat tengok hari-hari. Dan mula la verangan "Ahhh ... pandai juga aku ambik gambar cantikkkk" hahahah.... Sila jangan muntah ya.

Bunga kemboja tu sebenarnya bunga yang gugur dari pokok yang cik melor tanam. Tanam tepi pagar  depan rumah, dalam pasu je. Miskin tanah la katakan senah oiii..... Pepagi bila nak hantar hero gi sekolah cik melor mesti cium wangian bunga ni dulu.

Kalau ada yang gugur cik melor akan kutip satu-satu bawa masuk kereta dan letak atas dashboard. Nanti bila on aircond, kereta akan berbau wangi kemboja tu. Tiba-tiba rasa macam ayuuuu aje tika tu hahahhaha... lagi sekali senah jangan muntah ya

Apa??? senah nak tahu cara tanam. Alaaaaa..... tak susah nak tanam kemboja nih, Asalkan kita ada batang matang boleh la cucuk dalam tanah yang lembab letak di tempat teduh. Nanti hidup la dia. Kalau nak senang lagi. Gi aje mana-mana nurseri dan huluq duit angkut bawa balik hihihi.... Sah-sah la pokok kemboja tu tak akan mati. Kalau yang cucuk tu antara 50-50 hidup dan matinya hahahah..... Jangan marah akak gurau aje.

Cuma satu je sepanjang pemerhatian cik melor. Pokok kemboja ni mudah kena serang penyakit daun. Nak kena perhati selalu dan buang daun-daun kena penyakit tu jauh-jauh kalau tak pun bakar aje. Siram dengan air beras dan ofkos la baja bunga  serta baja yang macam biji sawi tu untuk pokok kite cantik dan berbunga selalu. Aloooo senah ada faham ke?. Bye


4 comments:

nidus2 said...

Masa belajar KH dulu, cikgu kata kemboja boleh ditanam dengan keratan batang......betulkan CMelor?

mala said...

nyampah! kemboja aku mandul! tolong pi jengok sat, apa dah jadi dgn kemboja kau tu hehehe

Suzie said...

suka bunga ...

Nur said...

Lawa bunga kemboja ni.
Pandai Melor buat header sendiri. :)