pinjam gambar pakcik google jap
Akhir-akhir nih tuan pengarah suka
tolong akak melor di dapur. Mungkin kerana kesian tengok akak ni yang
tak menang tangan nak urus rumahtangga, nak uruskan anak-anak terutama
makcik google nak berkepit dengan akak je kerja nyer, nak siapkan kerja
jahitan akak lagi.
Nak
di jadikan cerita, satu malam tu tuan pengarah masak sambal tumis ikan
bilis. 1 periuk senah oiii....guna pula cili kering baru. Katanya masak sekali
gusss senang kerja. Simpan dalam peti sejuk, panaskan sikit-sikit bila nak
makan. Supaya akak senang nak makan, tak de la terkejar-kejar dengan anak-anak time masak. See besar sungguh kasih mu tuan pengarah hihihiih....
Akak
memang suka makan masak sambal tumis. Tak kira la sambal sotong, udang,
ketam, ayam, ikan, daging janji pedas semuanya akak bedal. Kesukaan
akak tuuu senah oiii...Tak hengap donia akak makan senahhh. Lupa terus
sopan santun ketika bersantap. Telan macam buaya lapar hihihih.....
Apa saja makan mesti ada sambal tu. Padahnya 2 hari dah akak melor ilang suara senah. Nak bermanja-manja dengan tuan pengarah
pun akak melor naik malu senah. Apa tak nya dah macam suara bapok
jadinya . Garau semacam. Telinga akak sendiri pun sakit bila dengar.
Nasib badan akak la ye.

12 comments:
meh share sikit :D
Hi Melor! Sihat ke?
Sambal tumis, colek roti pun sodap! :)
rajin nya ...kalau saya tak jalan la pula kalau bab-bab nak panas ni suka makan yang fresh ...
Rajinnya tuan pengarah Melur masak...
sya syazana
terima kasih
yati
memang sedap cicah roti, tak ingat dunia kite makan
suzie
fresh memng best. tapi klu anak duk gantung di kaki susah le nak fresh2.
nazayiena
tu la sejak kebelakangan ni rajin pula dia masuk dapur
rajinnye tuan pengarah..bertuah la.. =)
kalau tau tuan pengarah pandai buat sambal dah aku order sebelum berangkat bulan lepas :)
cikwan
time kasih follow blog akak
mala
hang jgn tak tau tuan pengarah ku pandai masak tau.
Post a Comment