Friday, May 11, 2012

Dah Tua Agaknya Asyik Lupa Je....

cmelor family
Semalam kuuustumer cik melor datang ambik baju-baju beliau sekeluarga. Sepatutnya baju-baju tu duedate nya sebelum bulan jun. Tup-tup dapat call minta disiapkan sebelum hari ahad ni. Macam lipas kudung la kita sudahkan baju-baju tu. Semuanya 5 pasang, nasib baik lagi 2 pasang still duedate nya sebelum bulan jun. Kalau tak, mau kita nangis dan mula la buat janji sambal belacan lagi hahahah..... Tau tak apa tu janji sambal belacan senah?

Kita berangan lepas siap baju-baju tuh, nak la posing-posing kan kat patung kita. Ambik gambar untuk kenangan serta tempek dalam blog kita. Kita ada juga tanam dan tabur manik kat jahitan kali ni, tu yang rasa terkilan sangat tak ambik gambar.

Ada permintaan supaya hasil kerja kita di tempek dalam blog ni. Kalau tak de yang buat permintaan pun tetap nak tempek hasil tangan kita tu. Modal tuuuu untuk kita berbelog hihiihih. Tapi sayang kita lupa ambik gambar laaaaa. Tak boleh nak tayang  hua... hua.... hua....

Lagi sorang customer kita,  bagi 4 pasang kain  kata nya "siap bila-bila pun takpa". Tup-tup terima call "akak boleh ke siapkan sebelum 20 mei" ayo-yo. Lagi sekali kita merempit dengan mesin tua tu. Bulan ni jadual kita penuh senah eh.

Sampai satu masa kita cakap ngan tuan pengarah "penat la jadi tukang jahit, rasa macam nak resign". Tuan pengarah hanya senggih sumbing tanpa kata-kata. Tentu dalam hati dia berkata-kata "padan muka sapa suruh, dulu dah cakap, larat ke?. Awak tak dengar nak juga buat sekarang dah mengomel. Tanggung rasa sendiri la".

7 pasang dah siap tinggal lagi 4 pasang cukup la untuk bulan nih. Harap-harapkita tak lupa ambik gambar yang 4 pasang nh. Nanti boleh tayang kasi senah nengoknye. Ingatkan lepas siap semua kitar nak relax sekejap. Tutup kedai dalam seminggu 2. Tapi kan senah, tak boleh tutup kedai juga la 

Semalam kita terima lagi tempahan untuk 2 helai maxi dan tutu skirt dalam 20 pasang, Nak buat macamana kita ni , golongan lemah hati. Tak sampai hati nak tolak permintaan orang. Tambah-tambah lagi dari kenalan hu..hu..hu... janji sambal belacan lagi laaaaaaa jawabnya. Bye.


6 comments:

Mila@Rimbun said...

kalau jahit baju memang mencabar. kekadang kita dah tekad takmo ambik, tp ada yg sanggup tinggal kain jer kat pintu pagar (true story from my cousin).. customer plak manis mulut ckp nak pakai lambat lg, tapi tetiba call cakap nak weekend ni jugak... emmm kalau saya tak layan nyer...

mala said...

nasib baik customer sorang ni tak tak dak ... kalau ada dapat kain 5 pasang lagi hahaha

Suzie said...

melor...saya pun kekadang serik juga nak jahit sebabnya malas tapi bila ingat kesian anak sedara tolong ler jahit ...mau nangis juga banyak nak kena siapkan ni

Melor said...

mila
betul tu

Melor said...

mala
klu tak hang raya punya kena anta tele cine la tahun nih

Melor said...

suzie
mari kite pakat menangis. nenggok ada tak yg kasihan gan kite.