Wednesday, April 25, 2012

Handmade 1st Yoyo Keychain



Suka dengar lagu nih senah. Tambah-tambah dengar ketika hati sedang bergundah gulana. Walau tak faham irik nyer tapi akak melor suka dengar. Dalam bahasa kita pun lagu nih ada di rakam tajuk dia "ku ingin bahagia"  nyayian rina rahman. Kalau tak salah la.

Sehari 2 lepas dapat perkhabaran yang amat meninggalkan kesan di hati akak melor. Sehingga ke n3 ni di tulis hati akak melor masih lagi bergundah gulana. Berat juga ujian kali ini. Rasa tak tertanggung oleh jiwa kecil akak ni walaupun badan akak sememang nyer besar  senah, hihihi. Sempat lagi buat lawak tu walaupun hati dalam kesedihan. 

Untuk lupakan kesedihan di hati akak buat la apa yang akak suka. Akak teruskan menjahit sambil fikiran menerawang jauh. Sempat la juga akak curi masa kesedihan tu dengan buat kraf tangan. Kali ni akak buatkan handmade fabric keychain. Itu bahasa orang putih bahasa kita kata hiasan kunci dari kain. Kalau salah akak melor say sori la. Maklum la akak melor ni sekolah tak tinggi tapi bangunan sekolah akak belajar dulu memang tingggi. Gayat juga la akak bila kena panjat anak tangga nak masuk kelas.



Jeng! jeng! ku perlihatkan hasil jemari keras akak buat senah yang di sayangi dan di ingat selalu hihiihi.... 4 ketul keychain dari koleksi fabric akak yang masih bertimbun tu. Hajat hati nak jadikan stok untuk kedai maya akak. Kesian kedai akak senah oiiii..... dah lama tak de hasil yang baru. Jadi semalam dalam bergundah gulana tu akak sempat siapkan 4 ketul keychain sebagai mengubat lara di hati. Yang kaler kuning tu dah ada tuan nyer ye. Kalau berkenan yang lain bolih laaaa.  Nanti akak masukkan detail  tentang keychain tu dalam kedai. kalau nak tahu lebih lanjut tentang handmade keychain ni, jangan segan-segan bolih klik kat kedai maya akak ya.

Hilang jap kedukaan tu bila akak menulis. Nasib kau la labu, sapa suruh kau jadi labuuuu...... hihihihi.bye2.

2 comments:

mala said...

apa beritanya tu? tok sah dok pikiaq sgt la ... cantik la keychain

Melor said...

mayb aku akan jadi macam hang.tingallah kasih tingal sayang....