Saturday, March 3, 2012

Sepasang Kurung Riau Itu...

Sepasang kurung riau untuk sidara kesayangan. Sebenarnya baju kurung ni tempahan seorang kawan untuk anak daranya. Kurung potongan riau di padankan dengan kain selisih. Pengalaman menyiapkan tempahan ni la yang paling mencabar CM rasakan. Nak tahu kenapa?. Lama masa yang cm ambik untuk memulakan proses memotong, menjahit, mempotret dan memblogkan hasil jahitan CM ini. Sebenarnya menjahit baju ni bukan la sesukar mana pun. Entah kenapa cukup liat dan malas untuk CM nak sudahkan tempahan yang satu nih. Macam ada batu duk terikat kat kaki tangan CM la. Tapi akhirnya dapat juga CM siapkan tempahan ini. Nasib baik la empunya baju lambat pula datang mengambil baju tu, jadi ada masa untuk CM ambil gambar sebelum baju tu di bawa pergi.

No comments: