Friday, March 2, 2012

Musykil + Pelik


Musykil + pelik sungguh hati ini rasanya. Sejak akhir-akhir ni CM selalu susut duit aka hilang duit. Semalam berlaku lagi. Kali ni rm 50 pula yang hilang. Nak kata anak-anak yang ambik mustahil sebab apa CM kata gitu, -

1. hero ada kat sekolah masa tu
2. kakak dan baby belum pun bangun tido lagi
3. tuan pengarah dah gi kerja
4. CM sendirian ketika itu - suspennnn

Dah jadi tabiat tuan pengarah selalu bagi duit belanja masa dia dah nak keluar gi kerja. Kite pun bila orang bagi ambil terus selit la kat mana-mana dulu sementara nak gi hantar tuan pengarah tu masuk kereta depan rumah. Selesai babai-babai, muah-muah, terus CM masuk rumah ,bila gi ambik duit tengok-tengok duit dah kurang rm 50. Bukan kali pertama jadi gini, dah berkali-kali benda ni terjadi. Sebelum ni diam aje kalau ada duit hilang tak kuasa nak bising-bising takut kata kite yang nyanyuk.

Tapi kali nih CM berbunyi sebab yang hilang tu banyak dan CM sendiri nampak masa tuan pengarah duk mengira duit tu. Lepas duit bertukar tangan CM pula yang kira memang duit tu cukup seperti yang tuan pengarah cakap. Itu yang buat CM musykil nih.

Tak puas hati, CM talipon tuan pengarah tanya jumlah duit yang di beri. Jawapannya tetap sama. Bertambah-tambah lagi musykil di hati nih. Ada sesapa yang boleh tolong CM selesaikan kemusykilan ini tak?

7 comments:

Suzie said...

Menakutkan ...tapi boleh cuba ni ...cuba letak dalam Al-quran ,kalau hilang juga tu maknanya bukan la angkara syaitan...paham kan ...

Nazayiena said...

Pelik juga ya xde org lain kat rumah duit blh hilang.....ada toyol kot...

lovely said...

salam...

Melor said...

suzie
rasa juga takutnya

Melor said...

nazieyana
itu la benda duk bermain dalam kepala nih

Melor said...

lovely
salam kenal juga

Masya said...

sape yg amik yer.. peliknya...