05 March 2012

Beratnya Menjadi Bapa

Dalam motivasi Dr Hasan Din Al Hafiz menyebut dalam Hadis Nabi menggariskan tiga tanggungjawab seorang bapa.

Pertama : Memilih nama yg baik kepada anak. Anak jangan dipanggil dengan nama yang tidak elok. Di Akhirat kelak, anak akan berjumpa dengan bapa dan meminta menukar nama yang lain. Nabi kata nama tidak boleh ditukar di akhirat. Wah berat betul peranan nama ni ye.

Kedua : Bilamana anak berakal atau mumayiz beri dia ilmu berguna iaitu ilmu agama, thaharah, ibadat dan lain-lain.

Ketiga : Bila anak sudah besar, bapa bertanggungjawab menentukan bakal menantunya. Dalam budaya orang Melayu, kebiasaannya ibu yang menentukan menantu, ayah mengikut saja. Datuk Dr Hasan Din Al Hafiz memberi contoh anak lelaki nak kahwin, bapa perlu tengok orangnya dahulu. Bawa balik ke rumah kalau terpaksa. Begitu juga kalau anak perempuan nak kahwin, bapa kena tengok bakal menantu lelakinya.

Datuk Abu Hasan Din mengingatkan seorang bapa perlu memberi didikan agama kepada anak-anaknya. Kalau perlu panggil ustaz ke rumah untuk mengajarkan ilmu agama. Budaya kita juga suka memanggil guru muzik datang ke rumah untuk mengajar anak bermain muzik. Ini sudah tidak betul.

Pesan Datuk Dr. Hasan Din lagi, dalam zaman Saidina Umar satu ketika seorang sahabat mengadap Saidina Umar dan berkata, Wahai Umar, anakku adalah anak derhaka. Umar berkata, bawalah anakmu kemari berjumpa denganku. Sebaik anak itu mengadap Saidina Umar, Umar bertanya kepada si anak, apakah kamu tidak tahu dosa jika menderhaka kepada orang tuamua.

Si anak menjawab. Apakah tanggungjawab bapa. Umar menerangkan ada tiga tanggungjawab seorang bapa. Umar juga menambah yang keempat iaitu memilih perempuan yang baik untuk menjadi ibu kepada anaknya nanti. Si anak menjawab. Demi Allah keempat-empat tanggungjawab itu tiada pada bapa saya.

Bapa saya tidak memilih perempuan yang baik menjadi isterinya. Bapanya memilih pelacur di sarang pelacuran. Bapa saya juga memberi nama yang membawa maksud pelawak jantan. Bapa juga tidak memberitahu yang mana perkara wajib dan yang mana bukan. Bapa saya tidak kisah pun siapa pasangan saya.

Dengan itu Umar berkata kepada bapa yang mengadu, kamulah yang sepatutnya dihukum bukan si anak. Begitulah sekali beratnya tanggungjawab menjadi seorang bapa.

Datuk Dr Hasan Din AlHafiz juga menambah supaya membaca surah Al-Insyirah dan ayat penerang hati dan berikan air yang telah didoakan itu kepada anak-anak supaya Allah lapangkan dada anak-anak. Kalau ibubapa memberi nasihat anak-anak akan menerima.

Photobucket

Cerita Datuk Dr Hasan Din Al Hafiz lagi, Nabi berkata apabila kita hendak menyuap nasi, dan nasi itu terjatuh di atas meja. Kutiplah kalau tidak kotor sebab kita tak tahu yang mana satu butir nasi yang berkat. Contohnya lagi budaya orang Melayu, kalau ziarah rumah orang dan kita dihidangkan dengan kuih cekodok. Pasti kita sebagai tetamu tidak menghabiskan cekodok itu sebab takut dituduh pelahap. Sedangkan kita tak tahu yang mana satu yang berkat. Inilah antara contoh didikan yang perlu bapa berikan kepada anak-anak.

Mudah-mudahan dengan perkongsian motivasi Datuk Dr Hasan Din AlHafiz ini dapat memberi manafaat kepada semua kaum bapa dan bakal-bakal bapa diluar sana.Wallahualam

2 comments:

kasihibu said...

semoga menjadi panduan bagi golongan bapa bapa masa kini, sebab tu masa mencari nama anak suami akak rujuk pada ibu bapa juga.

Cik Melor said...

kasihibu
betul tu .