28 March 2012

Rezeki Seluar Aladdin

Aloooooo......
pada follower yang follow akak tapi akak tak follow balik tu,

maaf la ya bukan sombong
cuma akak tak dapat nak follow sebab tak tahu url awak orang.

Sila tinggal jejak nanti akak follow k.


Kata orang tua-tua kalau dah rezeki kita, walau apa pun berlaku rezeki tu tetap jadi hak kita. Cuma cara mana rezeki tu nak sampai, itu hanya DIA aje yang tahu. Sebagai manusia kita perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki tu. Ada macam ustazah ke ? hihihi....... akak melor nak tulis pasal rezeki hari ni ya senah. Senah baca ya kalau boring pun tetap kena habiskan. Kasihan taauuu, penat akak perah otak ni semata-mata nak karang cerita ni senah.

Sebenarnya akak melor dah 2x reject projek ni. Disebabkan rezeki tu akak yang empunya, maka projek tu sampai juga ke tangan nih. Nak tahu napa akak melor tolak??. Akak takut tak sempat siap senah. Maklum la akak melor ni menjahit ikut mata makcik google. Tutup mata aka tidur la tu makcik google, tu la tandanya masa untuk akak merempit dengan mesin jahit tua akak. Kalau makcik google tak tidur maknanya akak tak boleh merempik so akak melor tukar jadi bibik lak buat kerja rumah je. Hebat kan akak boleh main tukar-tukar nih macam cite jepun tu "bertukaaaar"

Mula bicara akak di minta buatkan 18 helai seluar aladdin. Katanya "ala simple-simple aje taruk getah atas bawah je". Dah orang berharap akak melor tak sampai hati pula terima aje la. Masa gi ambik ukuran bebudak tu. Tuuuuu dia di berinya akak lakaran nak buat vest sekali senahhh. Terusss akak reject projek tu. Dalam masa 1 minggu lebih kena siap, mana akak berani nak terima. Kalau mereka yang memang kerja menjahit sepenuh masa, 1 minggu lebih tu sempat siap. Tapi akak ni tau-tau aje la senah, menjahit ikut mata anak. Lagi pun projek dalam senarai menunggu pun ada banyak untuk disiapkan

Alhamdullilah akhirnya siap la juga seluar aladdin tu. Lega akak melor kejap senah ooiii.... Habuan kerja tu pun akak dah dapat. Ingatkan dah habis le, rupa-rupanya ada lagiiii senah. Masih ada ituini yang minta dibuatkan sampai akak terkejar-kejar. Tidur pun tak lena (tipu.... letak aje kepala terus hilang hihihi). Semasa akak menulis n3 ni akak masih lagi belum siapkan bahagian ituini tu sebab makcik google demam n meragam. Hero pun deman n meragam gak. 1 april dah nak pakai, camana ni...... Senahhhhh tulunnnnggggg akak.

pssttt... pssttt... sebab ada yang komplen cerita tak de gambar tak best,
jadi akak letak gambar yang berkaitan dan
sebagai bukti bukan cerita hayalan semata-mata hahhahah.

Nanti akak buat n3 tutorial nak buat seluar aladdin ala cmelor.

5 comments:

nazayiena said...

Berapa semuanya seluar aladdin tu yg nak melor kena siapkan,byk ke? harap dpt siap sblm 1 April ok...

Cik Melor said...

seluar dah siap. tuan dah ambik pun. lain2 tambahan yg belum siap lagi.

Suzie said...

cantik seluar tu

Nurazimah said...

cantik kaler suar tu...lama tak menjahit...rindunya...anak2 jeles imah ngadap mesin..

~NormaLa~ said...

nk belajar buat blh ke tu?