Saturday, March 31, 2012

Keladi Rintik a.k.a Aglaonema Costatum

hobi & tip berkebun
aglaonema Costatum / keladi rintik 

Kenapa senah pening ke baca blog cik melor ni. Tak yah pening-pening senah wehhhh...., relax aaaaaa........ Nampak tak kat atas tu "Dunia CMelor" so apa saja yang ditulis dan tertulis dalam blog ni berkisar tentang kesukaan, aktiviti dan sekali sekala ada entry copypaste yang diubah suai mengikut citarasa cik melor ya.

So toksah duk pening-pening jom kite meneroka dunia hijau di laman ciputcik melor. Minda cik melor ni penat senah tau. Setelah bertungkuh lumus siapkan order tu hari. Tu..... ada lagi kain yang tengah menanti untuk dikerjakan.

Sebelum sambung balik merempit dengan mesin tua tu nak ajak senah rehatkan minda dengan merenung kehijauan tanaman cik melor. Jangan tak tahu senah wehhh...ai ni pun gardener jugak hihiihiih......
Kita berkenalan dengan spesis pokok keladi hiasan dari famili araceae. Cik melor panggil keladi je. Di tanam sebab daunnya yang unik dan cantik, hijau berkilat dan berbintik serta berbelang putih. Daunnya juga sedikit berombak dan mempunyai tangkai yang agak panjang.

Boleh hidup kat tempat teduh dan terlindung macam dalam rumah yang penting sekali tidak cerewet dan mudah di jaga. Spesis aglaonema ini dikatakan berasal dari Malaysia. Cik melor suka tempatkan keladi ni dalam rumah. Dinding yang putih bila di gabungkan dengan hijau dedaun memberikan pandangan segar. eeeee...... kite suka tu.

Tapi sayang sejak makcik google besar ni, semua pokok hiasan duduk di luar. Kalau takkkkk....., habis di makan nyer. cam ulat daa. Untuk keselamatan makcik google cukup la keladi akak tu sekadar menghiasi taman kat luar je.

Senang dibiakkan dengan belahan rumpun dan juga melalui anak benih yang tumbuh di sekitar induknya. Sukakan medium tanaman yang senang air mengalir dan bajanya pula dari bahan organik seperti najis ayam yg di proses. Boleh juga guna baja kimia dengan syarat mengikut arahan yang diberi.

Pokok keladi hidup subur dengan cahaya yang yang terlindung dan perlukan siraman 2 kali sehari dan pastikan air tidak bertakung. faham dak senahhhhh......? Akak kongsi sikit rahsia. Rahsia untuk bagi bunga kite cantik? 

untuk tanaman kita sentiasa nampak cantik kena la buang daun layu atau kekuningan untuk mengalakkan daun baru tumbuh.
lapkan daun dengan tuala basah dan sapu pengilat daun untuk daun kelihatan bersinar dan menyerlahkan. 

Boleh juga gunakan baja biji yang colour hitam tu, alaaaa yang nampak macam biji sawi tu. Ada jual kat nurseri. Bila guna baja ni dedaun pokok kita jadi berkilat tak kusam. Tak caya cuba la sendiri.

psssttt...... senah nak tahu satu rahsia.



 yang kaler merah tu ulat belaan tauuuu....., sukaaaaa makan daun pokok bunga


5 comments:

Jae.jae said...

haha suke2 ps: comelnye baby :ulat" tu ~O(>_<)O~

Melor said...

jae.jae
baby ulat tu tak jual ya

Nazayiena said...

Cantikkan laman tanam pokok bunga yg berdaun aje.....comelnya ulat yg suka mkn daun tu....

Melor said...

nazayiena
mak suka tanam pokok, anak suka makan daun. tak rasi tul. tapi ulat tu memang comel..... eeeeee

ita said...

baik2 daun tu beracun.. muka sya berlubang kena getah keladi