25 December 2011

Tamak Haloba

Salam semua ..... sifat tamak tak sepatutnya ada dalam diri seseorang. Yaaaa, kalau dah tamak semua benda kita nak walaupun benda tu memang dah ada dalam simpanan. Nampak aje benda semua nya cantik, semuanya lawa, semuanya ada gunanya itu yang bermain di kepala semasa itu. Sedangkan bila dah sampai rumah benda tu tak guna pun ada sesetengah tu dah ada stok pun. Buat penuhkan bilik kerja kita aje kannn. Itu la yang terjadi dalam diri semalam. Bila di fikirkan semula hai rugi pula rasanya. Penat-penat menjahit, habis habuan menjahit tu melor beli benda yang tak sepatutnya. Kalau menyimpankan bagussssssss.


hasil buruan semalam

Semalam melor pergi jejalan dan berburu kat masjid india. Tak berapa suka pergi situ tapi di sebabkan benda yang hendak di cari mudah dapat kat situ, ku gagahi juga membelah lautan manusia sambil menarik tangan si hero ku dan dua lagi sidara ku sehingga sampai ketempat yang dituju hihihiih..... Usaha tu, bukan senang sesekali nak terlepas kat tempat sebegitu. Kalau tuan pengarah ada tak akan di benarnya daku ke situ tanpa ada betul-betul keperluan. Semalam tuan pengarah dah terbang jadi member ambik peluang pergi mencari kehendak hati selama ini.

Poket yang tebal pada asal nya terus jadi menipis bila pulang ke rumah. Mana tak nya kalau membeli barang tak pernah nak beli sikit-sikit. Selalu beli dozen-dozen konon-konon boleh dapat harga murah. Sudahnya bertimbun stok dalam bilik kerja. Aihhh apa la nasib ni ada hobi gini. Nampak gaya lepas ni kena buat kedai online supplies barang craft la pulak. Kalau tak buat gitu bila mau habis barang yang di beli tu kan. Apa kata kekawan patut ke melor buat seperti yang bermain di fikiran.

2 comments:

Pn Kartini said...

Salam...:)

InsyaAllah...semua apa yg dibeli mmg akan diguna...mungkin bukan sekarang..lain kali pasti berguna juga....
Don't worry..:)

Cik Melor said...

puan kartini
harapnya begitu la. yang baiknya benda yg dibeli tu tak akan basi @ rosak. kat situ aje la untungnya ya