Tuesday, August 23, 2011

Makin Dekat Makin Gelabah

Salam semua..... makin dekat nak raya makin kuat pula gelabah melor ni. Tambah-tambah lagi lagu raya dah mula kedengaran. Aduiiii sayu rasa hati. Sekarang melor duk main kejar mengejar dengan masa sebab nak siapkan tempahan hingga kan blog cikai melor ni pun tak ber up-date. Maklum la melor menjahit bilamana makcik google dan my hero tidur. Kalau dia orang tak tidur tak dapat la melor menjahit. Jadi masa untuk menjahit tu terhad.

Dah akhir-akhir ni ada pula yang meminta tolong jahit itu la ini la. Tak terima kasihan le pula. Lagi pun pesan orang dulu-dulu ( tua la tu) rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari. Selamat hidup kita. Penat tu memang la penat tapi yang syoknya poket kembungggggg......

Bila dah kelam kabut tu terlupa pula nak tangkap gambar benda2 yang melor buat tu. Hajat hati nak la menayang kat blog ni hasil kerastangan ku. Terpaksa la pendam kan hasrat tu sebab tempahan dah di ambil tuannya. Nanti lain projek kena terus tangkap gambar bila dah siap . Baru la boleh menayang.

Macamana la agaknya perasaan tukang jahit yang sebenar rasa bila timbuhan baju yang masih banyak belum siap. Sedangkan raya tinggal 3, 4 hari je lagi. Tentu la gelabah semacamkan. Sedangkan melor yang jahit suka-suki ni pun rasa gelabah bila tengok tempahan belum siap inikan pula mereka yang memang cari makan dengan menjahit. Boleh rosak reputasikan.

Apa-apa pun yang kita nak buat biarlah ikut kemampuan supaya tak merana badan. Apa yang penting kita enjoy 'n' hepiiiiii.


10 comments:

Mila@Rimbun said...

banyak ke melur ambik tempahan tahun ni?
saya ni malas nak menjahit baju org, baju sendiri pon malas, tahun ni saya berhajat sgt nak relex2 n tumpukan banyak pada ibadah akhir ramadhan jer.. takmo terkejar nak siapkan baju n nak buat kue raya...

JunAina said...

adik aina pun sama menjahit. selalunya baju adik beradik buat last tapi tahun ini aina paksa dia buat sebelum puasa lagi...puas hati...

kalau tak tertanya2 jerk siap ke baju aku nih...kekadang malam raya pun masih terkial2 menjahit...

mala said...

sapa punya baju pulak tu? aku balik kampung sabtu ni. selamat hari raya - maaf zahir batin dari kami sekeluarga

sayangsayangibu said...

patut lah berdebar
semoga siap sebelum raya

sya dah tempah bulan april lagi
hehehe... ;p

Yati said...

Busy la gi menjahit, Melor? Yati next year, tak nak la amik tempahan cross stitch di bulan posa. Kena belajar cakap No. Selamat hari raya, Melor! :)

Melor said...

mila rimbun
sikit aje tapi gabranya aje yg lebih hahaha

Melor said...

jun aina
gitu la org menjahit hak sendiri selalu buat last sekali

Melor said...

mala
selamat haya tuk hang

Melor said...

ssi
kalau semua pelanggan tempah awal mcm ni tentu seronok tak terkejar2

Melor said...

yati
dlm x nak ambik, terambik juga. lain kali kena kuat semangat 'say no'