10 February 2011

'Pin Cushion' Kitar Semula

Salam semua..... bulan ni melor sibuk sikit dengan aktiviti menjahit sebab tu blog pun ada masa tak berupdate. Sibuk nak siapkan tempahan dari kekawan dan baju anak sendiri. Dalam sibuk - sibuk tu sempat juga la melor buatkan 'pin cushion' dari bahan yang boleh dikitar semula. Ya la kalau beli mau juga singit dua terbang. Jadi tak salah kalau buat sendiri dari bahan-bahan yang ada di rumah dari dibuang baik la kita kitar semula benda tu menjadi sesuatu yang berguna kan...kan...kekawan. Dapat le berjimat walaupun tak banyak. Jadi n3 hari ni melor nak menayang 'pin cushion' baru hasil kerastangan ku yang sememangnya diperlukan untuk mengantikan 'pin cushion' lama yang dah tak berapa nak ok.

bahan- bahan yang diperlukan ialah bekas plastik yang dapat bila beli dadih, kain perca lebihan aktiviti menjahit, fibre ambil dari perut teddy bear yang dah rosak.

jeng! jeng! jeng! bila dah siap buat nampak macam 'cup kek' la pulak

nah 2 biji 'pin cushion' baru dari bahan terbuang untuk aktiviti menjahit ku

PERHATIAN : *LOVE a.N.i.S* Sila tinggalkan link anda supaya melor boleh follow balik

12 comments:

kasihibu said...

kalau dah kretif tu..
kreatif lah jugak..
untung badan

fiqkbe said...

comel! serius mcm cupcake =D


jom join fiq nyer 1st contest:

http://meandkbe-mylifestarthere.blogspot.com/2011/02/contest-splashy-moment-by-fiqkbe.html

mala said...

apa ni dok buat cup cake tipu lak.. baju aku dah potong hehehehe

Raimanda said...

hahah cute!
Lama tak lawat blog Melor...

Maiyah said...

yelah.. melor mmg kreatif, tgk kiri kanan pasti ada idea

aku eta said...

idea yg hebat...senang pon senang... :)

Cik Melor said...

ssi
bukan kreatif sgt. cuma suka kalau hasil menjadi

Cik Melor said...

fiq
nanti melor gi intai

Cik Melor said...

mala
on the way nak kena potong. hang sabaq la sikit wey. ini cup cake kasi wa releas tention la

Cik Melor said...

lya
kena lawat la slalu. kasi can sama melor tambah be

Cik Melor said...

maiyah
bukan selalu dpt idea. dia dtg mcm bidang terjun

Cik Melor said...

yjds
senang dan jimat. slamat duit melor singit dua. hahaha