14 February 2011

Asam Pedas Tetel

Salam semua....apa itu tetel? sapa tau angkat tangan. Tetel ialah daging lembut yang bercampur dengan urat, tulang, lemak dan yang seangkatan dengannya lah. Nak beli daging tetel ni kena pandai pilih kalau tak, mau tercabut gigi nak mengigitnya hahaha... Banyak cara nak masak daging tetel ni. Contohnya masak macam resepi melor nak kongsi hari ni. Apa lagi, tak reti-reti sila scroll ke bawah tengok resipinya. Amboi kasarnya bahasa. Jangan marah kekawan semua . I sayang u all tau.

Bahan-bahannya :-
1/2 kilo daging tetel
2 labu bawang besar (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (tumbuk)
1 batang serai (titik)
2 sudu cili kisar @ cili boh
asam jawa
daun limau purut
garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan :-
1. bersihkan daging dan tuskan.
2. panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3. masukka cili boh tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan serai yang di titik.
4. masukkan daging dan air asam jawa biarkan mendidih dan empuk.
5. masukkan daun limau purut yang di koyak-koyak.
5. rasakan garam dan gulanya.

3 comments:

sal said...

sesekali makan, memng sedap kan..mekasih berkongsi resepi

RaDiN SiTi AiSyAh said...

wah..cam sedap jerk...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

sedap lah sangat ni tapi mrKoles mesti bertambah..