13 February 2011

Tip Tangani Perubahan Wajah Usia 30-an

gambar google

Salam semua....pejam celik pejam celik, tak sangka usia kini sudah menginjak ke usia 30-an. Jika jarang mengambil kisah bab-bab menjaga kecantikan sebaiknya buang tabiat tersebut. Ini kerana apabila wanita memasuki fasa umur 30-an perubahan kulit tidak dapat dielakkan. Kulit yang anjal dan tegang kini mula mengendur, masalah bintik hitam, kedutan mula kelihatan. Itu tandanya proses penuaan sedang berlaku. Kita tidak boleh menghentikan proses penuaan ini tapi usah gusar kita masih boleh melambatkan proses penuaan ini dengan beberapa langkah seperti:

1. Bersihkan wajah -
- kena rajin mencuci wajah setelah kita melakukan aktiviti luar. Bersihkan wajah setiap pagi dengan pelembab yang mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHA) untuk mendorong eksfoliasi. Untuk malam cuci wajah dengan pembersih jenis berkrim.

2. Amalkan pelembab
- pelembab dapat menghalang kadar kekeringan pada lapisan epidermis kulit wajah. Dengan memakai pelembab diharap dapat mengurangkan kedutan. Pilih la pelembab yang sesuai dan mengandungi SPF 15/20 dengan pelindung UVA/UVB serta mengandungi antioksidan, pomegranate dan vitamin C yang mampu lindungi kulit dari radikal bebas.

3. Elak Bertukar Produk Kecantikan
- ia boleh mempercepatkan proses penuaan selain merosakkan kulit wajah sekiranya ia tidak sesuai dengan kulit. Ingat diketika ini kulit wajah menjadi lebih sensitif.

4. Biarkan Wajah Berehat
- sesekali biarkan kulit wajah kita tanpa solekan.

5. Jaga Apa Yang Kita Makan
- amalkan permakanan sihat contoh pilih la ikan, telur yang banyak mengandungi protein. Pilih sayuran yang berwarna jingga kerana ia banyak mengandungi beta karotin ia sangat baik untuk kulit. Amalkan mengambil vitamin, suplemen dan buah-buahan segar. Kurangkan pengambilan garam. Minum banyak air putih supaya mudah kita membuang toksin dalam tubuh. Hentikan merokok dan alkohol kerana ia memberi kesan pada kulit.

Kalau ada sesiapa yang rasa garis-garis kat muka dah mula kelihatan. Boleh la cuba cara-cara kat atas tu. Kita berusaha tak salahkan. Marilah sama-sama kita jaga wajah supaya lambat berkedut.


8 comments:

desperate mama said...

entri ini sgt sesuai dgn diri ini.... kerana garis garis sudah mula menular dgn ganasnya di wajah ini.... thanx ya...

SYANI said...

Bila umur makin meningkat, kena jaga extra sikit. Panduan yang baik untuk si 30-an macam aku..

Amni said...

nice tips kak.. kalau tak baca ni, memang tak tau la... tapi mujurlah tak pakai make up.. cuci je biasanya... hehe

Zaitun said...

Kak Zai cuma amalkan basuh muka dan beruduk.

Cik Melor said...

desperatemama
melor pun dah mula kelihatan. tanda2 masa mengandung hari tu pun belum hilang sepenuhnya. jadi kena amalkan juga cara 2 tu.

Cik Melor said...

syani.
ya kena extra jaga muka dan badan.

Cik Melor said...

amni.
walaupun simple kalu tak baca memang tak tau kan. akak baca dan kongsi dengan awak org ok.

Cik Melor said...

zaitun
ok gak tu.