21 December 2010

Cara Buat Telur Masin

Salam semua.... kalau dah rezeki tak kan kemana. Baru je teringat nak makan telur itik masin buatan sendiri. Tup..tup..alih..alih dapat telur itik free. Apalagi dengan pantasnya terus ke dapur. Biasa la bila hidup berjauhan dari keluarga macam-macam kerinduan bertandang di sanubari. Ok mari Melor tunjukkan cara nak buat telur masin "cara bonda kita".

bahannya:-
telur itik- dibasuh bersih dan di tos airnya sehingga kering.
garam kasar - sukatanya untuk 3 biji telur segenggam rumbu garam.
air

garam direbus sehingga hancur dan sejukkan

pastikan air garam tadi betul-betul sejuk barulah dimasukkan telur-telur tersebut. Tutup dan disimpan selama lebih kurang 14 hari barulah boleh di makan. *jangan simpan dalam peti sejuk*

8 comments:

azzey said...

Wah! tutorial dan ada gbr sekali...best2!

Ale said...

oooooooooooooooooooooooo..macam tu..kompem pasni nak buat jugaklah..hehehe..tutorial yg bagus

mala said...

bak sebijik hehehe

Fieza79 said...

pndai nya buat sniri..selalu nk makan beli kedai je...senang je kan..

Nurazimah said...

tak susah la ye...pas jerukkan..leh trus makan ke..tak yah rebus lagi..???

zulkbo said...

salam..
alahai..jangan makan
banyak nanti..masin pulak
darah ku..he he

MATAHARI said...

sila ambik tag

Anonymous said...

Salam Melur,

Dulu masa kecik2, selalu tengok mak jeruk telur itek untuk buat telur masin.

Masa tu ada pelihara itek sendiri.