Salam semua....... ada yang pening ke baca blog melor ni ? kejap cite pasal petua, kejap pasal jahitan , pastu pasal pokok, pastu resipi lak dan macam2 lagi la. Dah jadi cacamarba pula blog ku ini. Nak buat macamana hentam saja la labu asalkan melor bahagia dan tension ku berlari jauh kan kan kan. Hobi ku kan pelbagai jadi isi blog pun pelbagai jugak la hihihi. Jangan jemu baca blog ku ini ya. Nak cuba resipi mudah dan cepat untuk disediakan gaya cmelor. Kali ni melor kongsi resipi masak kari telur berterung dan ini cara2nya.
bahan-bahannya :-
3 biji telur
2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering*
2 cm halia*
4 potong terung panjang ( sorry terung habis guna bendi)
1 peket serbuk kari ikan
2 tangkai daun kari
santan
garam dan gula
Cara- caranya :-
1. rebus telur hingga masak dan digoreng sedikit. Angkat letak tepi.
2. kisar bahan bertanda * serta tumis sehingga naik bau dan pecah minyaknya.
3. masukkan serbuk kari dan daun kari tumis lagi hingga wangi. Sila gunakakn api yang perlahan untuk tumisan kita menjadi cantik.
4. tuang santan biarkan mendidih dan pekat.
5. Bila mendidih masukkan terung dan telur.
6. masukkan garam dan gula mengikut selera sendiri.
2 comments:
salam kak melur
saya memang peminat setia telur, masak apalah, saya akan rasai, nikmatinya..hehe
imanshah
bertuah la sapa yg jadi isteri iman senang nak msk tak yah pikir2 nak buat masak resipi ape.
Post a Comment