Sunday, December 19, 2010

Apa Harus Ku Buat

Salam semua .... kali ni melor memang susah hati. Susah hati betul-betul tak main-main ni tau. Nak dijadikan cerita masa duduk mengemas siang tadi, ternampak la penimbang bawah lemari. Bila dah ternampak terus la jadi ternaik atas penimbang yang dah berhabuk tahap maksima tu. Nak menunjukkan bahawasanya dah lama daku tak menimbang berat badan. Bila di landing aje kaki kat atas penimbang tu maka terdengar lah jeritan ayo..yo.. yoooo ku tak percaya, tak percaya. Tak sanggup dan ngeri daku untuk melihatnya. Dengan tiba-tiba hati ku menjadi kecut. Kecut- sekecutnya la kata orang. Mungkin kah daku akan menjadi seperti gambar dibawa ini.

gambar google

Tak mahu dan tak sangup jadi begini. Ada sapa-sapa yang boleh bagi idea supaya boleh slim tanpa perlu berdiet gila-gila, suntikan. bersenam, pil kurus, slimming program dan yang seangkatan dengannya.

15 comments:

IMANSHAH said...

puasa sunat isnin dan khamis insyaALlah

Ayl Aziz said...

aiyoyooooo...
oleh itu Melor, penimbang tak boleh dianaktirikan. Kena selalu-selalu panjat. Kalau tidak, inilah yg bakal terjadi.
Saya kasi petua...
1. ambil nasi sama portion mcm biasa, pastu buang 1/3 bhg yg dah dimasukkan ke dalam pinggan (buang dalam piok balik bukan tong sampah ye)
2. jgn skip makan tapi ulang perkara yg sama bila tiba waktu makan nasi.
3. kalau suka minuman manis, tukar air kosong sebyk mungkin. Gual tinggi kalori, dan air kosong buleh buang air yg berlebihan dlm badan (gemuk air)
4. kalau tak biasa tergedik, gedik2 sikit dalam rumah, sebagai eksesais ringan. Bila panjat tangga, lari2 anak.

Try le. Mungkin agak lambat, tpi selamaaattttt.....

Ayl Aziz said...

eh berpuasa juga bagus... tp kalau puasa untuk kurus, bukan kerana Allah, hmmm hmmmmm.....
"sahaja aku berpuasa esok hari kerana mahu kurus..."

hazeleyed lady said...

...akak sokong petua Ayl Aziz!

hazeleyed lady said...

...dan lebih cantik kalau boleh buat macam petua Iman Shah.
Cheers

Ayin Masliza said...

heheheh..... setiap kali makan, makan dulu semangkuk sup. Sebab nanti perut kenyangkan... baru buleh makan 2 sudu nasikk... kalau tak 2 pingggan... hehehe.... makan sup pn bagus untuk oatang yang kurang minum air macam saya... heeheh.. thanks tinggal jejak.. saya balas balikk... nice blog, saya pun suka bunga....

Yati said...

Macam sama je kita ni. Boleh ke kurus tanpa bersenam? Kalau tak makan nasi, memang boleh kurus.

Cinta Hatiku said...

berpuasa adalah diet yg paling mujarab..selain tu amalkan pemakanan yang sihat..selamat mencuba dan semoga berjaya!!

Melor said...

imanshah
bab posa susah skt coz melor ni menyusu 2 org baby buat masa ni. tapi melor akan cuba gak la

Melor said...

aly
klu nak dikira gedik. melor ni lebih dr tergedik dah kat rmh semuanya melor buat sendiri tapi badan ni tak mau turun malah naik memanjang. mungkin sbb suka minun manis dan lepas mkn kurang gerak sbb terus kena susukan bby.

Melor said...

hazeleyed
kena cuba dua-dua la ni

Melor said...

tq. kena cuba semua la lps ni kena kuat semangat dan betul2 buat supaya ada kesan

Melor said...

yati
tu la susahnya tak boleh tinggal nasi. bila mkn tak sah klu tak bertambah

Melor said...

cinta hati ku
betul tu ni nak cuba buat la ni. azam tahun baru

Yati said...

kalau Melor breastfeed, tak payah la diet. Nanti susu kurang. Puasa isnin dan khamis elok. Bagi Yati la, sebab kalau kita tak ambil cukup kalori, boleh rasa flat je.