Salam semua.... mari berkongsi cerita pasal adenium obesum atau kemboja cina. Merupakan bunga kegemaran sehingga melor sanggup menanamnya walaupun laman rumah ku ciput. Melor ada 2 warna bunga pokok adenium iaitu merah dan putih. Yang warna merah baru habis berbunga manakala yang warna putih pula belum lagi berbunga jadi melor google aje gambarnya.
Adenium obesum atau lebih di kenali sebagai kemboja cina merupakan pokok dari famili apocynaceae. Ia sejenis pokok yang berbunga cantik. Berasal dari Africa Timur dan Selatan Arab. Juga digelar dengan gelaran 'desert rose' iaitu rose padang pasir mungkin kerana bunganya seakan ros dan hidup subur di kawasan yang kurang air.
Adenium ini boleh dibiakkan dengan cara keratan batang dan biji benih. Untuk penanaman adenium perlukan tanah yang senang air mengalir jadi campurkan tanah dengan pasir sungai ketika proses penanaman. Ia memerlukan cahaya yang banyak dan sedikit terlindung untuk hidup subur dan berbunga cantik. Hanya siram sekali sehari ketika cuaca panas. Manakala pembajaan pula baja najis ayam paling sesuai untuk adenium tetapi boleh juga gunakan baja biji untuk kesuburan pokok ini.
Tip:
- jangan biarkan air siraman bertakung boleh menyebabkan akarnya busuk dan pokok mati tiba2.
- boleh kacuk batang nya dengan pokok berbunga warna lain untuk hasilkan bunga yang pelbagai.
- "awas" getah pokok adenium beracun jika termakan


6 comments:
dulu ada tanam...dh mati...heheh...skang tanam bunga kertas aje...tu pun tk smpt nk belai2....
wawawa...mak saya cakap org pandai tanam munge ni tangan die sejuk.sebab tu tanam pokok idup je..n shantek je tumbuh bunge..saya ni berangan nak tanam bunge..semalam beli orkid.. ikut resmi bebunge tersebut bakal layu sebab tuan die sengal, asik beli tak reti bela... gamaknye tangan saya ni panas....!!!ahahahah..semoga mereka tidak mati di tangan saya...amin!
wah menarik..
awk suka bunga ya?? msti harum mcm bunga.. kan?? kan??
anyway.. blog anda menarik dan follow anda
salam..
suka lagi bunga tanjung
harum baunya...
xtau nak komen apa..suka tengok bunga..
Post a Comment