Salam semua...... 'kesibukan' satu perkataan yang dah jadi sinonim dengan kehidupan sekarang tambah2 lagi kalau hidup di kota, semuanya mahu ekspres. Begitu juga dengan memasak semuanya nak cepat. Bila masak melor biasanya guna resipi yang simple, cepat dan mudah untuk disediakan dan yang pastinya sedap. Kali ini mari kita berkongsi resipi sotong goreng cara melor.
bahan-bahannya:
sotong
bawang besar - mayang
cili besar - potong
cili padi sikit - potong
kunyit
minyak untuk menggoreng
garam + gula secukup rasa
cara-caranya:
sotong dipotong cuci bersih dan dilumur dengan garam dan kunyit. Goreng dalam kuali tanpa minyak untuk keringkan air sotong. Bila dah agak kering masukkan sedikit minyak masak dan bawang, cili besar dan cili padi ke dalam sotong tadi. Rasalah garam, gulanya mengikut selera anda. Kacau sampai bawang layu sedikit angkat. Dah sedia untuk dihidangkan.
4 comments:
pasti cuba!
sotong memang favret selain udang dan ketam...
hmmm...syedapnya..
aly
melor masak yg senang2 aje
azrina
tukar2 cara msk pula bagi hilang jemu
Post a Comment