Salam semua..... rasa nak buat n3 pasal pokok bunga yang ada di taman ciput ku pula. Bagi pengemar hijau2 jangan lepaskan n3 ini ya. Melor tau macam2 orang yang masuk blog melor ni antara mereka yang baik hati tu ialah geng tangan hijau. Kebetulan melor juga sukakan hijau2 jadi anda memang ke tempat yang betul. Perasan mau lebih ya kawan2 hihihi.... Ok mari kita mengenal spesis guzmania lingulata dari famili bromeliaceace dan nama tempatannya bromiliad.
Spesis ini mempunyai bunga yang amat cantik dan unik. Merupakan spesis yang paling glamour dikalangan tanaman hiasan bromiliad. Juga di kenali dengan panggilan pokok scarlet star @ orange star. Berdaun panjang serta tirus seakan pokok nanas ditempat kita tetapi tidak berduri. Bunga bromiliad apabila kembang bunganya boleh bertahan beberapa minggu. Merupakan pokok eksotik yang dikatakan berasal dari Amerika Selatan yang beriklim tropika seperti Brazil dan negara2 yang berdekatannya.
Cara biak :
~ biji benih
~ keratan anak sulur @ offset
Tanah :
~ tanah peroi, baja kandang, pasir sungai dimana air siraman mudah mengalir.
Cahaya :
~ sukakan cahaya matahari yang sedikit terlindung.
Air :
~ siram 2 kali sehari pagi dan petang. Pastikan tanah kering sebelum siram semula.
Baja :
~ baja najis ayam @ kelawar yang telah di proses.
~ baja kimia jenis cecair @ biji
Idea pameran :
~ boleh tanam atas tanah
~ tanam dalam pasu
Tips :
~ sembur daun ketika hari terlalu panas
~ masukkan air kedalam ruang reservior @ kelopak daun @ celah daun bahagian tengah.
8 comments:
salam kenal.
apa nama biasa bunga tu..harum tak
ronda2 blog...singah sini jap...byk nyer entry yg menarik kat sini...;d
Salam melor...
Cantik pokok tu kan melor...bunga dia cam nenas merah menyala..kat umah akak pun ada tapi pokoknya taknak biak, dari dulu sampai sekarang ada satu pokok tu jeh kat tepi tiang umah okid.
ati masrif
biasa org panggil bromiliad tapi ada juga yg panggil pokok bunga nenas. tak da bau cuma bunganya cantik dan tahan lama sebelum layu.
rieyana
menarik ke? klu betul bagai di kata slalu2 le singgah sini ya
kak fzi
cuba akak letak daun dan ranting kering yang di racik kecil2 dlm pasu. letak pasu di tempat da cahaya 50/50 dan masukkan air kat celah2 daun. melor buat gitu aje. pokok ni memang lambat skt tumbesaranya sbb tu pokok ni mahal harganya kalau pokok besar.
slmt mlm.....sila ambik award kt blog saya ya
subhanallah cantiknnya
thanks kongsi tips tu ya
Post a Comment