Thursday, December 2, 2010

Tip Hapus Semut Dbkl

Salam semua .......macam2 semut ada kat lantai rumah ku ini. Ada ke patut mereka berfun fair dalam rumah melor. Hoi semut pergi kau dari sini aku tak sudi melihat kau lagi hihihi....... Tak boleh nak kata apa dah. Banyak betul semut tu ada yang besar, kecil, merah hitam, kelabu dan macam lagi lah. Satu yang tak boleh tahan semut yang melor namakan semut DBKL. Semut ni suka sangat angkut apa saja untuk dibawa kesarang nya. Macam dalam gambar ni dibawah ni. Dah beberapa kali ku ambil khidmat pembunuh upahan untuk menghapuskan mereka itu. Tak juga mati. Apa ilmu mereka pakai kebal betul.

Kata pembunuh upahan tu lantai rumah ada lubang semut2 tu buat sarang kat dalam tu la. Tiba2 ilham menjelma dalam kepala ku ini. Kenapa tak tutup aje sarang meraka tu dengan putty filler. Di satu hari yang damai melor telah menjalankan operasi menutup lubang. Melor cari lubang2 tu semua dan tampal kesemuanya. Biar mereka tak boleh berfun fair lagi di lantai rumah ku ini. Tapi kena rajin periksa sebab semut ni akan buat sarang baru. Asal ada lubang mereka akan buat sarang. Yeaaayy berjaya tak perlu bayar pembunuh upahan lagi.

3 comments:

mabk.abubakar said...

bagus idea nie.. bleh cube.. semut2 kat umah aku tu pun dah mula bermaharalela..

Melor said...

mabk.abuakar
cuba la tak jadi salah pun

Anonymous said...

good blogger.... tq very much