14 April 2010

Masak Lemak Labu Kuning

masak emak labu kuning
Menu tengahari  cik melor hari ni ialah masak lemak labu kuning. Menu ringkas tapi sedapppp. Apaaa!!!! Senah tak caya labu kuning dimasak lemak ni sedap. Kalau nak tahu acucubatrytest masak labu kuning. Terangkat senah eh. Tambah lagi kena dengan gandingannya.

Senah nak cuba. Nah kita kongsi resepi masak lemak labu kuning.

Bahan-bahan masak lemak labu kuning :
  • 1 biji labu kuning - potong dadu @ ikut suka tukang masak.
  • 4 ulas bawang merah - tumbuk
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 biji telur putih @ ikan bilis
  •  350 ml santan
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air

Cara masak lemak labu kuning:
  • rebus labu kuning dengan sedikit air
  • masukkan santan dan bahan-bahan yang ditumbuk bersama serai
  • kacau sehinggasebati. Masukkan putih telur, garam dan sedikit gula  

Tak cuba tak tahu. Dah cuba baru tahu sedapppppp. Bye..


8 comments:

fzi said...

Salam melor...
Wah rancangan kuali pulak ya melor...hehe
Sedapp nampak masak lemak labu tu melor.. tambah kalu dapat makan ngan sambal belajar, lagi la tak terbangun akak...hehe
Akak pun ada main masak2 gak melor...jemput ke blog Menu akak bila2 melor free k... :)

piewahid said...

salam,
kalau kat pahang, ada yg campur dgn ikan masin pn melor. :D

mala said...

pergh! makan pulak dgn sambal belacan...

maiyah said...

lemak labu kuning mkn ngan ikan masin.. terliur le plak

Melor said...

akak fzi
saja je kak nak tukar angin. jadi main msk2 la pulak. Nant melor singgah blog msk akak kita pakat msk2.

Melor said...

piewahid
tepuk dada tanya tukang msk. nak msk cara mana semua ye blh. janji sedap

Melor said...

mala
bila dah ada sambal belacan jgn lupa pula ikan masin goreng lagi terakat. mentua lalu pun tak perasan wak.

Melor said...

maiyah
betul tu pasangkan gan ikan masin pasti terangkat.