23 April 2018

Kuih Kosu Nostalgia Paling Sedap

kuih kosu

Semalam untuk sarapan, Cik Melor buat kuih kosu nostalgia. Kenapa kata kuih kosu nostalgia, sebab kuih kosu ni bila tengok dan makannya otomatik akan  mengimbau kenangan zaman dara sunti kita senah eh.

Di negeri kelahiran kita kuih ni dipanggil kuih kosu. Luar dari negeri kelahiran kita kuih kosu di panggil kuih lompang. Gitu la yang kita tahu senah eh.

Tiap kali kita ke pasar Pasir Puteh, kita mesti singgah beli kuih kasu yang dijual dalam pasar. Kalau senah tengok macam-macam kuih duk ada, macam-macam rupa, macam-macam warna. Huh pendek kata semua kuih nak di borong . Seronok bila diingat-ingat balik.

Lagi satu makanan yang kita suka makan  dan dijual dalam pasar pasir putih ialah nasi ayam kopeh makcik gelang banyak. Legen betul nasi ayam kopeh ni. Dari kita sunti membawa ke senja, tetap suka makan nasi ayam kopeh makcik gelang banyak tapi sayang masa balik satu tahun tu, kita tanya mana makcik gelang banyak tak niaga ke. Anaknya jawab makcik dah 7 bulan takda. Al fatihah untuk mu makcik gelang banyak.

Yaaa, ooo senah nak resepi kuih kosu!!. Bolehh je. Ini resepi cara kita la ya. Ok ai giv u 😁

Bahan-bahan kuih kosu:
  • 1 1/2 cawan tepung beras*
  • 1/2 cawan tepung ubi*
  • 1 cawan gula
  • 2 1/2 cawan air
  • sedikit air kapur sirih*
  • pewarna merah,kuning,hijau
  • daun pandan disimpul
  • kelapa parut digaul garam

Cara buat kuih kosu:
  • Panaskan air dalam kukusan
  • gula+air+daun pandan, masak hinggagula larut. Sejukkan
  • campur semua bahan* kacau sehingga sebati
  • bahagi kepada 3 bahagian.warna ikut suka
  • masukkan dalam acuan
  • sedia untuk dikukus

Nak makan gitu pun boleh nak makan dengan kelapa parut pun boleh. Senangkan resepi kuih kosu nostalgia kita. Jangan lupa cuba buat senah ya. Bye.


No comments: