Eh.. eh .. merahnyerrrr. Ya merah-merah si beronok lembut. Di tempat kelahiran kita they call it kuih sagu hahahah. Luar dari kelantan mereka panggil kuih beronok. Nama panggil je lain-lain, tapi kuih yang sama, rupa yang sama dan rasa pun masih sama.
Pagi tadi tetiba angin rajin datang senah eh. Jumpa je biji sagu lebih-lebih buat kuih yang lepas terus je kita masak buat kuih sagu merah untuk sarapan si tuan pengarah. Hasilnya bersarapan lah kami dengan kuih sagu merah air tangan cik melor.
Semua orang tahu resepi dan cara nak buat kuih sago ni kan. Apa??? nak juga resepi kita punya. Boleh je. Ini resepinya senah yaa.
Bahan-bahan kuih sagu:
- 2 1/2 cawan air
- 1 cawan sago
- 3/4 cawan gula pasir
- beberapa titik sirap perasa ros berwarna merah
- sedikit kelapa putih di gaul dengan sedikit garam
Carabuat kuih sagu:
- Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
- Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga pekat.
Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 - 30 minit) - Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih
lembap, potong ikut citarasa dan gaulkan bersama sama kelapa putih. Siap
untuk dihidangkan.
Senangkan nak buat kuih sago . Bahan pun tak banyak guna. Cuba la buat senah eyy... Sedapppp kita kataa. Bye.
No comments:
Post a Comment