25 April 2018

Alteration : Tukar Getah Pinggang Seluar

alteration seluar

Sementara tunggu cukup masa nak hantar sibujang pergi ke kelas robotik, Cik Melor ambil peluang mengadap laptop kesayangan. Nak kongsi cerita pekerjaan hakiki. Kerja tetas menetas, jahit menjahit kita la senah eh. Tak cerita nanti ada yang bertanya. Cik Melor dah tak menjahit ke?

Wahai kustomer ku yang budiman dan disayangi, Cik Melor masih lagi menjahit, cuma aktivitinyer dikurangkan saja. Takdan senah eh. Aktiviti anak banyak sangat. Kalau teringin nak hantar kain sila-sila la ya.

Hmmmm.. rezeki kali ni kita di minta buatkan alteration tukar getah pinggang seluar. Alhamdullilah senah eh, sikit-sikit pun rezekikannn..

Senah pun kalau pandai menjahit dan tak ada benda nak dibuat tu, boleh la sama-sama buat alteration di rumah. Sikit-sikit lama-lama kembung poket kita senah eyyy ..hahahah.  Bye.


No comments: