Apa tu program nilam. Program memupuk minat membaca di kalangan pelajar sekolah. Cik Melor nak cerita dan berkongsi tentang kebaikkan dan keburukkan program nilam ni selepas mempraktikkan program nilam pada sidara, sibujang dan makcik google.
google image
Masa sidara kita tak buat program nilam sebab masa tu, kita tak tahu apa-apa pun pasal program nilam ni. Tiap tahun masa beli buku ada je buku nilam tu terselit sama. Tapi tak tahu apa fungsinya. Terbuang gitu je la buku nilam tu. Maklum la masa tu dunia kita macam katak bawah tempurung senah eh 😛.
Masa sibujang pula, masih juga kita 'blurr' dengan program nilam. Dari tahun 1,2,3,4 kita tak ambil tahu pasal buku nilam. Ada masa kita tak beli pun buku nilam ni, sebab bagi kita membazir je beli tapi tak guna. Terukkan cik melor hihihi.
Sampai 'time' makcik google, kita mula celik program nilam, sebab apa tu kita kata celik program nilam, sebabnya makcik google ada masalah membaca.
Habis PRA, kita dapati makcik google masih mengisut-ngisut bila membaca. Hati berkata 'masuk tahun 1 nanti laju la dia membaca, budak-budak ada yang lambat dan ada yang cepat membaca'. Nak sedapkan hati sendiri senah eh.
Habis tahun 1 makcik google masih lagi tak laju membaca, merangkak-rangkak dia membaca. Kita perhatikan bila suruh membaca muka makcik google berubah macam ada sesuatu yang cuba disembunyikan dan hilang keyakinan diri. Dalam hati, apa masalah makcik google ni. Terfikir juga nak hantar kelas cepat membaca. 'Survey' sana sini, semuanya harga yang kita mampu tengok. Macamana nak bantu makcik google ni. Sedih weh
Tetiba Allah bagi kita ilham, kita pun gigih menggoogle cari maklumat pasal program nilam. Tak lupa juga bertanya pada mereka yang arif tentang program nilam ni. Selepas buat program nilam ni makcik google dah boleh membaca dengan baik.
Mula buat program nilam untuk sibujang dan makcik google pada bulan Februari 2018. Sekarang bulan April 2018, alhamdullilah makcik google sudah boleh membaca walaupun tidak selaju keretapi ETS. Makcik google sudah lepas dari tahap merangkak. Bila suruh membaca makcik google akan membaca dengan penuh keyakinan. Syukur sesangat senah eh.
Senah nak tahu apa kita buat supaya program nilam beri kesan kepada anak-anak.

- sistem paksaan membaca buku
- 1 hari 1 buku BM @ BI
- setiap sorang wajib pinjam 6 biji buku dan wajib habiskan baca dalam masa seminggu.
- setiap minggu dan ada kelapangan masa, kita akan bawa mereka pergi ke pustakaan awam
Hasil dari program nilam yang kita laksanakan ke atas diri anak-anak:
- makcik google sudah boleh membaca dengan baik walaupun belum selaju keretapi ETS.
- makcik google dah jadi penunggu perpustakaan sekolahnya. Hari-hari merenggek nak gi sekolah awal sebab nak menenggek dalam pustaka nak baca buku katanya.
- sibujang pula dah mula rajin pegang buku BM. Sebelum ni sibujang hanya suka baca buku BI sahaja.
Keseluruhannya tidak ada satu pun keburukkan melainkan kebaikkan saja tentang program nilam. Kita masih dan akan meneruskan program nilam kepada makcik google dan sibujang sehingga mereka benar-benar tidak memerlukan lagi program nilam ni baru la kita berenti dari mengamalkan program nilam. InsyaAllah. Andai senah pun ada masalah sama macam kita, cuba-cuba la praktikkan program nilam ni ya. Bye..
No comments:
Post a Comment