15 December 2012

Selom, Kemanggi Dan Tenggek Burung Dari Laman

tip berkebun

Cik Melor pernah post pasal tanam ulam selom, tenggek burung. Kemanggi belum di buat entry lagi. Lain kali kite cerite pasal kemanggi. Sedap nih senah ooiiiiii .... lawan dengan sambal belacan perghhhh..... tak sedar nasi di pinggan bertambah. Habis lunyai semua diet beb.... hahahhahah. Boleh klik sini dan sini kalau nak baca post dulu tu ya senaaahhhh.......

Nak tanam ulaman macam dalam gambar tu tak perlukan ruang yang luas. Cik Melor pun tanam dalam pasu kecil je. Lepas tu selit la kat mana-mana yang ada ruang dan muat ngan pasu tu. Tanah di lamanCik Melor ni ciput je lepas tu keras dan tak subur. Sedihkan.

Pokok selom tak banyak beri masalah, kerana ia tak perlukan ruang yang luas, jenis pokok yang renek, tempat separa teduh pun dia boleh hidup. Cuma kite kena bagi tumpuan pada gangguan di peringkat permulaan a.k.a masa mula tanam tu la. Siput babi suka makan tunas baru selom, serta kena jaga kelembapan tanah masa mula tanam. sebab batang selom mudah jadi busuk .

Kalau tenggek burung, masalah sikit sebab tenggek burung nih jenis pokok meninggi, perlukan ruang yang luas dan separa teduh.  Untuk atasi masalah tu Cik Melor sentiasa buat catasan supaya pokok tidak meninggi. Kalau selalu buat cantasan kite pun sentiasa la ada stok pucuk dia. Macam tanam ros klik sini, sini, sini, sini, sini,  kena selalu buat cantasan baru. Baru kite sentiasa dapat tengok bunga ros yang cantik   kan...kan...kan... senaaahhhh......

Ada juga untungnyer kawan dengan tanah, ngan pokok, ngan mesin dapat juga hasil nyer. Jom senah kite buat kawan dengan tanah, dapat juga makan ulam segar.

4 comments:

Umm AA said...

nampak segar betul ulam melor tuh.. mmg btul kalau cicak ngan sambal belacan berpingganlah jwbnya..

mala said...

bestnya ... balik nanti aku ambik sikit nak cuba tanam kat sini. boleh hidup tak

Cik Melor said...

ummuaidan
sedap cicah sambal belacan

Cik Melor said...

mala
selom gan kemangi maybe bulih hang bwk gi oman. tenggek burung aku rasa tak boleh.