10 March 2019

Roti Sardin Bakar Laku Keras

roti sardin

Semalam penat gilerrrr Senah eh. Pagi 6.50 am keluar rumah hantar kuih, hantar sibujang kelas tuisen PIBG, hadirkan diri dalam meeting PIBG sekolah sebab nak  mengundi hehehe, hantar Makcik Google gi kelas tunas gemalainya. 2.30 habis urusan disekolah. Cepat-cepat blah la Senah eh. Penat ooo dari pagi duk bertapa di sekolah munggg.

Keluar dari sek menapak pula ke bank area situ nak bankin duit tiket sidara nak balik hujung bulan ni. Singgah pula rosyam mart, beli barang kuih sebab kat rosyam je barang kuih dan gula Cik Melor boleh dapat dengan harga murah. Murah sikit la dari kedai lain. 

Stat kereta balik rumah. Otw balik, Cik Melor singgah beli pisang kat satu tempat ni. Murah pisangnya, sekilo boleh dapat dengan harga rm3. singgah pula kedai speed 99 area rumah Cik Melor beli barang makan sikit. 

Senah nak tahu speed 99 ni harga barangnya lebih murah kalau nak dibandingkan dengan speed 99 dan kedai runcit yang lain. Kenapa!!!! tak percaya ya. Tak percaya kalu Senah cuba la gi beli barang kat situ dan bandingkan harganya. Kedai speed 99 au berapa tak ingat tapi belakang restoren harum cengkih, carboot sale au3, sebelah restoren mamak al takwa. Jimat Senah eyyy

Apa kena mengena gambar dengan cerita di atas ya. Itu intronya saja Senah eh. Ni baru Cik Melor nak cerita pasal roti sardin laku keras hihiihiih. 

Pagi ni Cik Melor 3 beranak sarapan dengan roti sardin bakar. Biasanya tiap kali buat roti sardin bakar ni mesti habis roti gardenia bungkus besar tu. Tapi pagi ni roti sebungkus besar tak habis disebabkan sidara takda. Klu tak sekali hadap licin 1 bungkus besar. Tu le sebab namanya roti sardin bakar laku keras. Emmm rindu sidara.

Ni Cik Melor kongsi resepinya Senah ya.

Bahan roti sardin bakar laku keras

Sardin 1 tin { saiz suka hati}
mayonis
gula 
garam
cili padi
bawang
asam limau nipis
*sukatan agak-agak ikut selera rasa sendiri.
sandwich toaster

Cara buat roti sardin bakar

1 - buka sardin , masukkan dalam mangkuk dengan kuahnya sekali ya, Lenyek dengan garfu bagi hancur. 
2. Dah hancur masukkan mayonis, garam, gula, air limau nipis. Gaul sebati. 
3. Letak roti dalam sandwich toaster, letak sardin, letak roti lagi sekali. tutup sandwich toaster onkan. padam lampu angkat dan potong 2 ikut belahan di roti tu.
4. Tunggu apa lagi ngap lerrrr.

Gambar roti sardin bakar kat atas tu tak berapa garing sebab sibujang dan Makcik Google tak suka roti mereka garing. Gandingkan dengan teh o panas guna serbuk teh harum cap ros.  Tetiba nostalgia lama pepagi minum teh o panas teh wangi cicah biskut tawar kecil dari thailand.  Sedapnyaaa. Bye.