06 March 2019

Bunga Bawang Belanda Pink

bunga bawang belanda

Terapi lagi Senah ehhh. Setelah berpenat seharian, Cik Melor belai dan selfiekan bunga-bunga yang sedang mekar di laman ciput. Terhibur seketika hilang penat seharian. Esok Ulang lagi buat benda sama, begitu la rutin kehidupan Cik Melor hurmmm. 

Buatlah apa pun janji kita bahagiakan Senah. Mari Senah mari tengok Cik Melor nak berkongsi gambar bunga bawang belanda pink dalam laman ciput Cik Melor

Macamana cantik tak gambar selfie bunga bawang belanda Cik Melor. Jenuh mengajar pokok bawang belanda pink ni gaya berposing agar gambar selfie diorang cantik kih..kih..kih.

Dulu masa Cik Melor masih dara sunti hidup dirumah bonda. Cik Melor pernah tanam bunga bawang belanda ni. Tapi bunganya kaler oren. Bila rumpun bawang bleanda ni kembang serentak, aduhhh cantik sekali kelihatan  tetiba nada bibik sebelah rumah hahahha.

Tak tipu memang cantik, tambahan pula laman bonda luas terbentang maklum la laman kampung. Oh rindunya Cik Melor suasana itu. Kini bonda pun tiada lagi. 

Cik Melor dalam proses buat baja bunga sendiri. bila dah siap dan dah terbukti boleh buat pokok berbunga lebat, Cik Melor nanti kongsi dengan Senah ya. Bye