10 May 2018

Ayam Kurma Kegemaran Kami Sekeluarga

kurma ayam

Kisah mengundi dah habis. Kisah sapa yang jadi PM masih lagi PANASSS. Biarlah diaorang selesaikan masalah diantara diaorang yang penting kita sebagai rakyat dah jalankan tanggungjawab  memasing kan senahhh. 

Cuti-cuti ni Senah masak apa?. Hari ni Cik Melor dapat oder nak makan nasi berlaukkan ayam kurma. Emmm... kena masak ayam kurma la nih.  Rasanya dalam peti ais masih ada 2, 3 ketul ayam. Dah boleh tu masak ayam kurma. Jom Senah kita main masak-masak 😀

Ayam masak kurma ni memang kegemaran kami sekeluarga. Kita kalau masak ayam kurma suka tau masukkan sekali hati, pedal, bahagian yang kurang isi ayam sekali. Sedap senah weh. Kalau guna bahagian berdaging saja tak sedap. Bagi kita la. Lain orang lain seleranya ya.

Lagi satu kita suka guna rempah kurma dari kelantan. Selalu nya kalau balik kampung tak lupa pergii pasar beli rempah kurma timbang.  Kita juga beli 2,3, jenis rempah lagi dalam kuantiti  sikit-sikit bawa balik kl. Lain rasanya bila masak guna rempah dari kelantan tu senah eh.  

Ya!!!. Oooo Senah nak resepi ayam kurma kegemaran kami sekeluarga ya. Bolehhhh. Senah scroll bawah.

Bahan-bahan ayam kurma kegemaran kami sekeluarga.
  • 1 ekor ayam
  •  5 ulas bawang merah - mayang
  • 4 ulas bawang putih - mayang
  • 1 biji bawang besar - belah 4 tanpa putus
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 biji buah tomato - belah 2
  • rempah menumis - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
  • 3 sb rempah kurma 
  • 1 kotak santan
  • air secukupnya
  • garam
  • gula
  • asam keping
  • 1 sk kerisik

Bahan kisar.
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia

Cara masak ayam kurma kegemaran kami sekeluarga.
  1. panaskan minyak tumis rempah penumis, bawang merah, bawang putih mayang hingga kekuningan
  2. Lepas tu masukkan bawang merah dan halia kisar tadi. Kacau rata sehingga wangi. masukkan pula rempah kurma tums hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, bawang besar belah tak putus dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam mengecut dan naik minyak.
  4. Masukkan santan dan air secukunya. Biarkan masak hingga naik minyak. 
  5. Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keping.
  6. Akhir sekali masukkan buah tomato. Biarkan seketika. Kuah dah cantik aik minyaknya, boleh la tutup api.

Tip
  • Disebabkan anak-anak kita tak suka tomato, bawang besar belah, kita tak masukkan benda tu semua. Membazir je Senah eh. Untuk Senah yang suka tomato dan bawang belah tu, elok la masukkan dalam masakan ayam kurma kerana menambah kesedapan kepada ayam kurma senah tu.
  • Sebab kita masak dalam kuantiti sedikit kita cuma mayangkan sahaja bawang putih, merah dan halia lepas tu tumiskan sampai naik minyak.
  • sebabkan anak-anak tak makan pedas. Kita masukkan cili sebiji-sebiji dengan tangkainya sekali untuk elakkan pedas meresap ke dalam kuah.  Cili tu habuan mak ayah lee.

Emm.... sedap Senah eh. Cuba la ya. Bye.


No comments: