16 March 2018

Baliknya Sidara Menandakan Cuti Sekolah Dah Bermula

15/3/18 malam, cik melor 1 keluarga melanggut di airport Subang. Kalau tak kerana sidara eeee... tak kuasa kita sesaja nak pergi melangguk kat situ, lebih  baik kita melangguk depan tv lagi baguskan. Sebenarnya kita 1 keluarga menunggu ketibaan si dara dari kelantan. Senah nak tahu, dengan ketibaan sidara ini menandakan cuti sekolah pun bermula.

 
Senak nampak tak di belakang sidara, sibujang dengan makcik google berebut nak tarik beg sidara. Lantak kamu orang lah anak-anak oiii.. Selepas salam peluk cium, perkara pertama yang diorang minta takda lain senah eh, aktiviti mencukai mummy dia je 
 
Apa lagi yang boleh di cukai memalam kat airport subang tu selain dari Mc Donald sajalah yang menarik hati diorang Takpa la nak, demi kamu orang kempis poket mummy pun takpa.

Untuk memenuhi hari-hari cuti sekolah bersama anak-anak, kita dah atur beberapa rancangan untuk mereka. Bermula dengan hari jumaat. Kita luangkan masa berdua-duaan dengan sidara. Bawa sidara minum sesambil borak, ambil peluang dekatkan hati kami yang sudah berjauhan selama 3 tahun,  tanya keadaan dia semasa kat asrama, tanya apa keperluan dia yang perlu kita topup.

Kunun-kunun nak surway barang keperluan untuk 'ladies night' dia nanti. Sekali kita terus beli senah eh. Jumpa harga yang mampu beli rembat aje lah kan. Ok, dah selesai sidara punya hal. 

Esok kemana pula kami anak beranak cuba memenuhi hari-hari cuti sekolah ni. Senah pula bawa anak-anak kemana untuk penuhi hari-hari cuti sekolah diorang?


No comments: