Malam-malam kita jadi pemandu kepada makcik google. Pastu jadi penunggu setia melangguk sorang-sorang. Kadang tu berteman sampai habis latihan. Walaupun baru menyertai, makcik google dah terpilih untuk ikut pergi buat show. Ini show dalam bulan disember 2017 bagi makcik google.
Jadi penyeri majlis makan malam sebuah agensi semperna happy deepavali. 'Makcik google and the gang' menari lagu tamil dengan hindustan. Ada la dalam 2,3 tarian diaorang 'perform'. Tamil pun tamil la nak hihiih.
Pakat duk selfie on the way balik. Disebabkan kali pertama show untuk makcik google dan 2, 3 orang newbie maka di benarkan la mak-mak ikut serta.
Kali kedua jadi penyeri majlis, makcik google and the gang perform tarian melayu. Masa ni mak-mak dah tak dapat ikut. Gambar-gambar semua orang yang tangkap. So takda la gambar ikut citarasa cik melor ya huhu...
Acara wajip lepas 'perform', sesi bergambar dengan pengantin.
Kali ketiga jadi penyeri majlis. Aaah, masa ni cik melor pergi dengan 1 lagi mak ganti cikgu yang terpaksa bawa 1 lagi geng penyeri majlis ke acara lain. Bila kita yang pergi banyak le gambar-gambar ikut citarasa sendiri. Masa ni makcik google 'perform' 5 tarian melayu. Banyak step nak kena ingat tu senah eh.
Sementara tunggu turn seterusnya, apalagi selfie, selfie, selfie timeeee hihhii. Eh lupa pula nak gitahu, solekan untuk geng penyeri majlis oleh MUA mak-mak sendirian berhad. Bidan terjun mak-mak pakat jadi MUA hahahah..
Kali ke4 makcik google jadi penyeri majlis, masa ni cik melor tak ikut, perform lagu jawa tarian pun ala-ala jawa.. Jenuh makcik google nak hayati lirik dia. Apa-apa pun diorangnya pentas memang cantik. Cik melor kasi 10 bintang👍. Terbaik senah eh.
Biasalah acara wajib, sesi bergambar dengan pengantin. Kali ni bergambar dengan pengantin, gulai kawah perisa jawoooo la kut huuhu.. Ini je le benda kita nak tayang sebagai penutup 2017. U no mi, kalau tak tayang bukan cik melor namanyaaaa hahahaha...
Happy New Year untuk semua. Semoga 2018 menjanjikan yang terbaik untuk kita semua. Amin. Luv u all. Bye..
Happy New Year untuk semua. Semoga 2018 menjanjikan yang terbaik untuk kita semua. Amin. Luv u all. Bye..
No comments:
Post a Comment